Mia Suke Blog Ni. Anda?

Showing posts with label Psikologi. Show all posts
Showing posts with label Psikologi. Show all posts

Thursday, 19 April 2012

Pengurusan Stress


Hurm..dah lama tak update page depan blog neyh. Sayangnya tak ramai yang alert pada perkembangan blog di bahagian yang lain. Saya harap para pembaca blog saya tetap mengikuti perkembangan blog saya.

Kali ni saya nak membincangkan mengenai stress. Pernah stress?? Tipu lah kalo tuan puan kata tak pernah stress. Stress pada satu sudut pandangan merupakan perkara yang MAHU dielakkan oleh SEMUA ORANG namun pada hakikatnya ianya merupakan satu NIKMAT apabila kita berjaya menukarkan tenaga stress tersebut ke arah yang positif!

Nah ini caranya unutk menangani stress!

Stress merupakan gejala keseimbangan diri terhadap perubahan sama ada dari luar mahupun dari dalam diri sendiri. Jika seseorang berada dalam keadaan stress, maka keseluruhan pola hidup dan kesihatannya juga terganggu sehingga produktiviti kerjanya menurun. Kenali cara bagaimana untuk menangani stress.


1. Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga, raka, pasangan atau kaunselor. 

2. Sembahyang serta mengingati Tuhan dan menyerahkan segala usaha kepada-Nya. 

3. Lakukan ‘mental-excercise’. Biarkan otot-otot berehat, atur nafas dan bayangkan perkara-perkara yang sejuk dan menyamankan. Lakukan selama 20 minit, ia berupaya juga mengurangkan sakit kepala, tekanan darah tinggi dan kesukaran tidur. 

4. Doa merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menghilangkan stress. Pengucapan doa penuh ikhlas dan pasrah akhirnya menimbulkan kedamaian dan ketenteraman. 

5. Mengubah susun atur alatan atau perabot di rumah. Lakukan bersama keluarga untuk mendapatkan suasana persekitaran baru. 

6. Membentuk pengurusan masa yang baik. 

7. Menerima stress sebagai sebahagian daripada hidup. Stress adalah keperluan dalam kehidupan untuk kita bergerak ke hadapan serta untuk meningkatkan kualiti kehidupan. 

8. Bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Pilihlah orang yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah yang menyebabkan tekanan kepada kamu. 

9. Terima kelebihan dan kekurangan diri sendiri. 

10. Jangan terlalu memikirkan kritikan yang diterima. Anggaplah kritikan sesuatu yang membina. Jika kritikan itu keterlaluan, ajaklah berbincang dengan cara baik. 

11. Lakukan perubahan yang baik terhadap diri kamu. Bersedialah utnutk menerima saranan daripada orang lain dan belajar untuk berkompromi. 

12. Jaga hubungan baik dengan orang lain. Hubungan yang baik menjamin kehidupan bahagia. 

13. Ketawa dan berseronoklah. Ketawa adalah respon psikologi terhadap humor, jadi lakukan humor untuk mengawal situasi yang tegang. 

14. Bergaul dengan orang positif kerana ia membuatkan kita berasa turut positif dan selesa.


Sunday, 26 February 2012

5 Prinsip Utama untuk Bejaya dalam Kehidupan

Minggu lepas, aku ke perpustakaan Tunku Bainun Upsi. Saja jela kononnya untuk tengok2 amek mood untuk study semula di Upsi. Sambil aku berjalan, aku menjenguk ke bahagian kegemaran aku. Rak-rak buku yang dipenuhi dengan buku-buku psikologi dan kaunseling.

Lepaih aku berjalan ke hulur ke hilir, aku terpandang sebuah buku yang bertajuk 17 prinsip kejayaan yang situlis oleh Samuel A.Cypert. Buku ini sekali imbas, aku baca amat menarik. Hape lagi, aku pun tak buang masa terhegeh-hegeh kat situ aku, aku terus cekup dan pinjam. Hurm...



Nak dijadikan cerita, aku pun baca lah buku tu. Lip lap lip lap, humph..memang betui lar buku ni memang bagus eventhough aku sendiri pun masih tak habis baca lagi. Tapi overall  buku ni meeeemang bagus. So..pada sape sapa yang teringin nak tahu kat sini aku cerita lar serba sedikit tentang buku ni.

Dalam buku ini memberitahu bahawa dalam kehidupan ni, ada 5 tunggak utama yang terdiri daripada 17 perkara. Berikut merupakan perkara  berikut. Ops..ini dari sudut pandangan ahli psikologi ok. Bukan dari sudut pandangan Islam. Kalo dalam islam kita ada 2 rukun yang terdiri daripada 11 perkara utama. Okeh okeh, dah mula nak melalut dahni.

Ok sambung. 5 tunggak utama adalah seperti yang berikut :

  1. Prinsip yang berkaitan dengan sikap ; sikap mental, Kepastian Matlamat, Bekerja lebih daripada yang diperlukan, Belajar daripada Kekalahan.
  2. Prinsip yang berkaitan dengan keperibadian ; Inisiatif Peribadi (Proaktif - Melaksanakan sesuatu tanpa menunggu apa-apa), Antusiasme (macam inkuiri / ilham), Keperibadian yang menyenangkan, disiplin diri, menganggarkan waktu dan wang, Menjaga kesihatan mental dan fizikal.
  3. Prinsip berkaitan dengan persaudaraan; Penggabungan kekuatan sosial, Kerja berpasukan.
  4. Prinsip berkaitan dengan Intelek; Wawasan yang kreatif, Perhatian yang terkawal, Berfikir secara tepat.
  5. Prinsip berkaitan dengan Kerohanian; Penghayatan Iman (Penambahan - Rukun Iman dan Rukun Islam, Qoran 30 juzuk, Solat 5 Waktu.)


Soo..setakat ini ajela perkongsian aku untuk kali ini. Sekian. 

Tuesday, 1 November 2011

Gambar - menguatkan juga melemahkan!? Nak tahu? Jom baca!

Hai semuaaaaaaaaa...as salam... hurmmm..lame gila tak update blog neh!! Jumaat, sabtu ahad, isnin... 4 hari!! Waw!! lamenyer... rindu rase nak menaip keybord...nice to meet y'all again... hehe..

Post kali neh..nak cerita pesal gambar...jom tengok dulu!


 Gambar ni aku amek di fb. Tiba tiba terlintas pulak idea nak kaitkan dengan psikologi - NLP. Jom jom..dengar aku merapu jap..

Cube perhatikan betul-betul gambar kat atas..confirm macam real kan? kan kan?? Memand pun!! Kalo lar kita ade kat sana..confirm kita ingat betul ade lubang kat situ... Apa yang aku nak bagi tahu kat sini..gambar memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seseorang. 

Percaya tak kalo aku kata, gambar boleh menjadikan seseorang itu....
  1. Berasa sangat bermotivasi
  2. Berasa sangat kecewa
  3. Berasa yakin dengan diri
  4. Berasa sangat tertekan
  5. Berasa tenang
  6. Berasan takut dan sebagainya.
TAK PERCAYA!???? Mari..aku buktikan..

Jom tengok gambar ni pulak..


Cuba bayangkan anda berada di dalam gambar tersebut..dengan keadaan angin yang menghembus sepoi-sepoi bahasa..sambil mendengar melodi kocakan air oleh ikan-ikan di dalam air. Dalam masa yang sama anda menikmati nyanyian burung-burung yang berkicaun sambil melihat tarian yang dipersembahkan oleh belalang yang berwarna-warni..apa perasaan anda sekarang.? Damai dan tenang bukan??

Baik. Bagaimana pula dengan gambar di bawah ini.

KLIK SINI UNTUK LIHAT GAMBAR

Anda merasakan emosi yang sangat kuat bukan? Tujuan saya adalah untuk memberitahu anda bahawa, dengan gambar yang disertakan rangsangan bunyi yang tertentu akanmenghasilkan emosi yang tertentu.

Bagaimana pula jika anda melihat video ini?!


Anda pasti merasa hiba dan sedih jika anda menghayati setiap detik penceritaan dalam iklan di atas.

Apa yang ingin saya sampaikan sebenarnya adalah, mengenai gambar dan bayangan yang kita paparkan untuk diri kita di dalam minda kita. Wayang Minda - Internal Representation ; NLP.

Apa dan bagaimana kita membayangkan sesuatu serta mempersembahkannya kepada diri kita menentukan keadaan dalaman diri kita - emosi / emotion.

Tahukah anda apa itu Emotion? Stupid question right.??  It's ok, The answer ; energy in motion. E stands for energy. This energy comes from the pictures and videos that we creates insinde of our mind! ( and ofcourse how we picturing and visualise it ) Motions stand for how u feel bout certain stimulus that u receive from your sense ( deria rasa - V. A . K )

V stands for visual - Your sight
A stand for Audio - What u hear and say
K stands for Kinestethic - Feelings..sama ada menginspirasikan atau membantutkan.

Moral of the story here... hati-hati dengan wayang minda yang anda tunjukkan pada diri anda kerana ianya sangat mempengaruhi tingkahlaku dan motivasi diri anda!

Sehingga berjumpa lagi!!

Thursday, 27 October 2011

Yogi Bear dan Kaunselor!? Apakah..? hahaha..Jom Baca!!


Mesti korang nak tahu kan yogie tu aper??? Nah gambonyer!!



Hehe..sebelum tu, aku nak mintak kerjasama korang untuk cuba bayangkan Yogie Bear kat atas ni yang nyanyikan lagu ni. Dalam keadaan dia tersenyum camtu, dan gaya dia bercakap melayu. Hahahaha..confirm korang gelak. Rasenyer yogie bear yang kat ats ni bangsa mat saleh.. Kah kah kah..

Harap dapat bagi kerjasama yer. 

Blog seorang kaunselor adalah blog yang penuh dengan emosi yang bermanafaat dan menggalakkan pertumbuhan! 

Jom tengok lirik lagu Yogie!! Sebelum tu, nah contoh melodinyer..nak yang real punyer, tunggu aku habis buat program di SMK Raja Chulan nanti yerk!



Hurmm..sebelum tu bia aku merapu jap erk..hehe..

Sebenarnya, lagu yogie ni diadaptasikan daripada lagu pengakap ; kelana siswa. Hehe.. Aku gunakan method ni sebab dalam lagu, terkandung emosi yang mempengaruhi cara seseorang itu menilai dan melihat diri individu lain.. di samping membawa nilai kebersamaan bila masing-masing bertepuk tangan tanda penerimaan!

So, pk punyer pk punyer pk, YOGIE SONG!! hihik..

(Rangkap Pertama Diulang-Ulang setiap 1 rangkap )

Sapa Suroh Jadi Ahli Yogie
Kalo Tak Nak Baiki Diri Lagi
Lebih Baik Duduk Depan TV
Makan Ubi Sambil Tengok Movie

Yang Pertama Ada Papa Yogie
Comel dan sorang yang baik hati
Buat Kerja Dengan Hati-Hati
Kerja dengan sepenuh hati

Yang kedua ada mama yogie
Datang sini untuk memimpin
Orangnya ramping tak macam lempeng
Yang pasti cakap tak macam keleng

Seterusnya ada abg yogie
Muka garang sebab makan megi
Tapi sebenarnya gila baby
Datang sini nak hiburkan yogie

Yang ke-4 ada kok long yogie
Orangnya kurus dan kaki buli
Hati-hati oh para yogie
Buat songel nah makan kaki

Kak long yogie kakak kak ngah yogie
Yang bagi idea jadi yogie
Jadi kalau tak puas hati
Marilah sama-sama kita buli
Jom yogie kite kenal dengan fasi
Yang datang dari bermacam negeri
Datang sini dengan rela hati
Untuk bantu kami kawal yogie

NYANYI JANGAN TAK NYANYI. HAHAHA...

Ni lar dia nyer...tugas kaunselor..ape-ape pun yang kami buat, bina hubungan no 1 dalam setiap prosedur melainkan atas kes-kes yang tertentu.. Untuk makluman, abg yogie tu aku ler...hahahah..

K lah..panjang bebeno lak yerk post ni kali neh..Daaa!


Wednesday, 26 October 2011

Suka tengok ilkan-iklan petronas - Touching.. Muahaha..

Kali ni aku nak share ngan korang common thing..tapi meibi ada yang ambil berat tentang benda ni..especially kaunselor dan motivator-motivator, trainer dan coach dalam bidang pembangunan kemanusian..yelah..modal untuk bagi ceramah kan..haha... hurmm..tak banyak pun nak kongsi..just nak ajak tengok iklan petronas ni sama-sama...jom!?


Haha...kelakar betul lar iklan ni..menggamit memori..walaupun aku tak penah bawak lembu sekor untuk mak masa hari raya kan..ngeh3..Hurm..jom jom tengok lagi...


Touching touching...iklan ni betul-betul banyak bagi pengajaran untuk orang zaman sekarang..rumah orang tua..rumah kebajikan..sibuk banyak urusan..isteri tak suke..suami tak suka..komitmen tinggi..kos sara hidup meningkat...macam-macam..harap-harap keturunan aku tak lah macam ni..nauzubillah min zalik...

Jom tengok lagi~



Touching nyerrrr ya Allah aku tengok iklan ni..hurm...tch3.. ( bunyi macam cicak - hehe.. ) Hebat lar orang yang buat iklan ni..walaupun dia bukan dari kalangan kaunselor..tabik hormatttt~

Lagi lagi..jom tengok~ Kali ni slot kesedaran kendiri..hehe..Jom sama-sama menginsafi diri..


Ni lah yang paaaaaling taoching skali..nak meleleh jer ayak mate tengok..hurmm..walaupun muka ku macam kromok..tapi hati ku tak ubah seperti tomok..hahaha...

Ok semua..sehingga berjumpa lagi di lain waktu...Sekian...


Tuesday, 25 October 2011

Menjenguk persiapan di sebalik tabir - Konsultasi Sekolah

Hari ni, aku rase macam-macam perasaan, excited, tertekan sedikit, dengan aktiviti sekian-sekian, nak cari bahan untuk module subsoncious...dan NLP...hurmm..phenings~ xpe..jom tengok tag nama untuk program kami di Ipoh minggu ni - Jumaat, Sabtu, dan Ahad.


Cantik tak tag nama dan poster neh? Ni lah tag nama..ni lah jugak posternyer..muahaha..boleh ler...redah jew!

Ni pulak kisah lucu yang bertautan dengan aktiviti aku hari ni. Dek kalut sangat dengan kemelut persiapan module-module program, sampai baju kat ampaian pun habis basah dek ditimpa hujan. Haduiiii~ razin razin..haha...


Nasib badan razin oii...sabo jela..

Monday, 24 October 2011

Bila kanak-kanak Mengajar Quran - Syok Tengok, Seronok ^.^

Kali ni, aku nak dedahkan sesuatu pada korang. Satu situasi yang semestinya menjadi impian dan harapan setiap ibu dan ayah yang menimang cahaya mata. Mudah-mudahan, generasi seperti ini akan senantiasa bertambah dari hari ke hari utnuk membentuk ummah yang mulia dengan budi perkerti yang terulung warisan daripada baginda Rasulullah S.A.W. InsyaAllah...



Haa..macam mana korang? Best tak tengok? Kagum pun ade..mesti korang tersenyum kan bila tengok gelagat c abg kat atas ni mengajo adik dia mengaji. Hehe..macam tu lah ape yang dirasakan oleh mak dan ayah budak-budak ni. Mungkin lebih dari itu..

Dari sudut pandangan kaunseling, sebagai seorang kaunselor, kalaulah aktiviti semacam ini dilaksanakan setiap hari, both of the kids, akan terlazim dengan keadaaan ni, dan secara tak langsung, akan merasa rindu dengan situasi mengaji kalau ada sehari yang tak diisi dengan aktiviti mengaji.

Oye, kepada korang semua di luar sana, bak kata orang tua tua..kita ni..kceil-kecil mengaji, dah besar jangan lupa untuk mengkaji. Renung-renungkan, selamat beramal~

Menurut B.F Skinner, dalam teori Tingkahlaku (Behaviour ) beliau, beliau mengatakan tingkahlaku manusia dapat dibentuk melalui hasil pembelajaran. Sekian..

Sehingga berjumpa lagi di lain hari.

Kalau anda rasa blog ini menarik, jangan lupa untuk follow dan like serta share post-post yang ada di sini. Jom kita sebarkan ilmu dengan hanya klik klik dan klik mause kita!


Sunday, 23 October 2011

Dunia Kaunselor Muda - Objektif dan Tujuannya

Perhatian perhatian...hihi..nak bagi tahu ni...saya dah create pages yang bertajuk Dunia Kaunselor Muda. Ni gambaran jer. Jom kita buat lawatan tak rasmi jap.


Wokeh, saya buat page ni sebab saya dah mula jatuh cinta dengan bidang kaunsling, oleh itu say awujudkan page ni di FB, dengan niat, nak mengaplikasikan segala kemahiran dan pengetahuan saya dalam kaunsling selain untuk mengalih corak penggunaan FB saya sendiri. Daripada saya terus menghabiskan masa ntah hape-hape dengan FB, eloklah saya luangkan masa untuk membantu siapa-siapa yang memerlukan bantuan, menerusi teknologi alam maya ni.

Jom ramai-ramai kita like page neh. Untuk makluman, setiap kali saya pergi ke program, saya akan mencadangkan kepada setiap peserta untuk menyertai Dunia Kaunselor Muda ni. Untuk create satu komuniti yang caring antara satu sama lain...

Sekian, Maaf kesuntukan masa.,  tak dapat nak menulis panjang...

Kalau anda SUKE dengan Dunia Kaunselor Muda, sila lar like dekat bawah ni yer..  ^.^ 
Meh saya ajarkan cara-caranya...

  1. Klik like button FB di bahagian akhir setiap post dalam blog ni, kemudian..
  2. Halakan mause anda pada button like tu lame sikit, dia akan appear post...
  3. Tulis lar apa yang anda nak tulis kat situ..
  4. Kalau anda peka, anda akan perasaan bahagian atas belah kanan, ada diberitahu bilangan orang yang dah like post ni. Sekian..
  5. Makluman, tindakan anda like post mungkin akan membantu ramai rakan-rakan yang lain untk mendapat maklumat dan informasi daripada blog ini. Thanks..

Thursday, 20 October 2011

Teknik Minda Separa Sedar - Sub Concious Mind

Hm..sebenarna aku pun terkejut bila tengok video ni kat you tube..haha..tak sangka pulak pensyarah yang ajar aku kat upsi ade upload video beliau tentang Sub Concious Mind - Minda Separa Sedar kat you tube! Hehe..


Jom kengkawan. Kite tengok sama-sama!



Best jer dengar background music! Mariler sama-sama kita try teknik yang beliau berikan.
Selamat mencuba semua!



Tuesday, 18 October 2011

Bila mana seorang baby membuat energizer! Haha..

Tujuan saya meletakkan post ini hanyalah untuk menambah bahan di blog ini yang berkaitan dengan pengurusan stress. Apa yang bakal dipaparkan ini mungkin boleh dicontohi oleh anda semua. Kadangkala, dalam hidup ini, kita terlalu sibuk dengan pelbagai urusan, sehingga terlupa untuk bersenang lenang dengan nikmat dan anugerah tuhan kepada kita. Semoga apa yang bakal dipaparkan ini boleh memberikan inspirasi kepada anda. 

P/S : Sila hentikan melodi Secret Garden dahulu. Hehe. Kaco jer.

Think positif !




Monday, 17 October 2011

Anda Gemuruh? Nah ubatnya - Surefire Techniques, Proven !

Bagaimana untuk menghilangkan rasa gemuruh? Perasaan gemuruh adalah perkara yang lazim terjadi kepada setiap orang apabila perasaan takut muncul. Perkara ini berlaku kerana kesan dari fisiologi badan yang bertindak secara otomatis sebagai tujuan keselamatan mandiri.

 P/S : Sila hentikan background music Secret Garden - Tekan Pause / Stop.
Kemudian play video ini. Selamat membaca!



Kesannya adalah seperti berikut :

1. Kenaikan kadar glukosa dalam darah
2. Kenaikan kadar kortikostroid dan katekolamina dalam darah dan air kencing
3. Kenaikan kadar denyutan jantung
4. Kenaikan tekanan darah
5. Kekeringan pada bibir dan mulut
6. Pelebaran pupil
7. Kesukaran bernafas dan nafas turun naik dengan cepat.
8. Serangan sejuk dan panas
9. Rasa kaku dan kebas pada anggota badan
10. Peluh sejuk keluar daripada rongga kulit


Teknik untuk mengatasinya ialah dengan cara :-

1. Pernafasan - lakukan pernafasan sehingga 30 kali iaitu pastikan nafas yang disedut hingga ke pusat dan tahan selama 7 saat dan hembuskan kembali. Bagi memastikan nafas disedut dalam2, maka cuba gunakan tangan kanan pegang dibahagian dada dan tangan kiri di bahagian pusat. jika kedua2 tangan terasa bergerak ,maka anda telah berjaya melakukannya

2. Persediaan dan latihan amat diperlukan. Jika anda takut untuk berucap atau temuduga persediaan apa sahaja isi atau bahan berkenaan perlu dibuat. Selepas itu anda boleh berlatih seorang di hadapan cermin.
3. Pastikan anda tersenyum apabila berhadapan dengan penemuduga ataupun khalayak

4. Jangan terlalu memikirkan ( menggambarkan, memberi respons pada gambaran yang timbul dll.) mereka hanya memberikan tumpuan pada anda dan mengwujudkan sangkaan 2 negatif pada diri anda. Sebenarnya mereka lebih berminat supaya anda dapat sampaikan secara yang baik ikut kemampuan anda

5. Tanyakan apakah perkara yang paling buruk akan terjadi jika anda melakukan persembahan dan anda akan brsedia terima apa sahaja . Apa yang penting anda akan baiki dari masa ke semasa

6. Rasa gemuruh makin dilawan makin menjadi kesannya. Jadi anda perlu terima dalam keadaan tenang kerana ini cara badan anda untuk respon supaya anda dapat buat yang terbaik . Anggapkan rasa gemuruh sebagai 'kawan' dan bukanya lawan anda,. Dengan cara ini anda akan dapat mengawal perasaan tersebut dengan lebih mudah lagi.


7. Sematkan kata-kata positf dalam diri anda bahawa anda yakin anda pasti boleh melakukan. Lakukan berulang-ulang dengan penuh emosi dan percaya diri.

8. Hubungan mata sangat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tingkat keyakinan anda . Elakkan dari bercakap dengan keadaan yang menunduk dan juga tiada hubungan mata (eye contact)

9. Tumpukan pada isi yang hendak anda sampaikan dan bukannya menumpukan perasaan apa yang orang lain akan katakan pada anda. Jika tidak anda hanya akan wujudkan perasaan gelabah

10. Gambaran minda yang berulang-ulang perlu dilakukan supaya anda menyampaikan mesej kepada minda bawah sedar anda. Bayangkan anda dapat melakukan perkara yang anda takuti dengan jayanya. Anda dapat laksanakan secara hebat dan orang lain berasa kagum pada anda. Kesannya apabila anda melakukan pada masa sebenar, kesan secara otomatis akan berlaku tanpa anda sedar.Lakukan juga saranan auto pada diri anda berulang kali. Rasakan kehebatan itu dan lakukan anchoring - letakkan perasaan pada mana-mana bentuk / corak fizikal seperti petik jari , gengam tangan dan sebagainya bagi menandakan rasa hebat tersebut - NLP Techniques.

11. Teknik doa adalah paling berkesan seperti doa nabi Musa

Doa Nabi Musa AS

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; ( Surah Taha : 25 -27 )

Atau Ya Allah ilhamkan daku kecerdasan dan lindungilah aku dari sifat jahat nafsuku

12. Persedian mental ialah anda memang benar-benar seronok untuk melakukan perbuatan tersebut, jadi anda perlu sampaikan dengan rasa excited.

13. Katakan pada diri anda bahawa apa sahaja yang anda buat walaupun apa sahaja kesilapan anda sedia untuk menanggungnya atau reda terimanya. Cara ini menjadikan minda anda tidak tertekan dan rasa santai yang menyebabkan anda boleh melakukan dengan lebih baik dan lebih baik lagi.

14. Katakan berulang-ulang dengan diri saya suka jumpa dan bercakap dengan anda dan anda juga suka untuk berjumpa dan mendengar apa yang saya cakap.






Sunday, 16 October 2011

Inspirasi Sanubari - Jom Bermotivasi dengan Saranan Kendiri!

As salam..pagi ni aku nak kongsikan satu lagu 'tuk dijadikan santapan sanubari sebagai bekalan motivasi untuknya! Enjoy..

P/S : Tolong hentikan melodi Secret Garden terlebih dahulu.



ARAHAN UNTUK KESAN MAKSIMUM :

  1. Dengarkan lagu. Tumpukan perhatian pada gesekan viola. Tumpukan perhatian pada bunyi drum.
  2. Bayangkan aktiviti-aktivi yang anda telah rancangkan untuk dilakukan hari ini.
  3. Bayangkan secara video. Berwarna. Dan dekat dengan anda. Pastikan bayangan pertama anda melihat diri anda. Kemudian anda melihat sekeliling dengan menggunakan sorotan mata. Ini penting untuk meningkatkan kesan emosi.
  4. Masukkan unsur bunyi-bunyian - suara dll dalam video bayangan anda.
  5. Beritahu diri anda - kata2 galakan ( apa sahaja )
  6. Kemudian tarik nafas sedalam-dalamnya sambil menggenggam tanga anda!
  7. Aku mesti boleh ! ( beritahu diri anda )
  8. Ulang langkah 1 hingga 7 beberapa kali - 3 kali ( cadangan ) 
  9. Jangan gopoh. Lakukan bayangan minda seolah-olah anda membuat montaj aktiviti kehidupan anda hari ini. Faham kan.?

Teknik dan kaedah ini digunakan bagi mengarahkan Minda Separa Sedar anda tentang aktiviti yang bakal anda lalui pada hari ini. Saya yakin dan pasti bahawa kaedah ini dapat memberikan impak yang sangat besar ke arah pembentukan tingkah laku kompeten yang cemerlang. Lakukan dengan bersungguh - sungguh untuk merasakan kesannya.

SEMAKAN : Setelah melalui aktiviti ini, anda akan berasa sangat bermotivasi seperti yang saya rasa!

Gunakanlah aktiviti ini selalu. Anda boleh memilih lagu kegemaran anda sendiri. Instrumental sahaja - lebih berkesan. Lakukan dengan kerap kerana ia akan berfungsi sebagai tambatan. Faedahnya, setiap kali anda rasa kurang bermotivasi, cuma perlu dengarkan lagu ini tanpa perlu melakukan aktiviti minda. Cuma menghayati - kerana minda separa sedar anda telah diprogramkan! 

ANDA RUGI JIKA ANDA TIDAK BUAT AKTIVITI INI.

Teknik ini merupakan aplikasi NLP - Neuro Linguistic Programming ( Psikologi Pencapaian ) yang ringkas

SELAMAT MENCUBA! SEHINGGA BERJUMPA LAGI! 

P/S : Jangan lupa on semula melodi secret garden. Atau anda boleh guna bond fuego ni juga sambil scroll down ke bawah. Penting. Baru ade kesan emosi ^.^ 





'Anda' tidak membuat keputusan dengan sendirinya !

The Unconscious Mind Is Driving The Bus

In my business (helping people using hypnosis & NLP as tools), you quickly come to the conclusion that people typically aren’t in control of themselves the way they think they are. Clients (all of us, really) may decide to stop smoking or lose weight or stop biting our nails or forget about that painful breakup and not do it. How is it even possible to decide to do one thing but end up doing another? Or as I sometimes ask people who want to stop smoking, “Who lifts the cigarette up to your lips?”

The answer is that “we” make our decisions–but perhaps not the same “we” that made the decisions to stop smoking, or whatever. Many of our decisions are not made consciously at all.

Yet most of us walk around acting as if our conscious minds are in control. Hmmmm...

How Decisions Happen

This article from Wired, Brain Scanners Can See Your Decisions Before You Make Them gives us some insight about how decisions happen.

It turns out that we make at least some decisions before we know we’ve made them–7 seconds before. The short version is this…

By looking at brain scans, scientists can predict with pretty good accuracy, what decision you’re going to make, before you know it yourself. Or as National Institutes of Health neuroscientist Mark Hallett said, “…your consciousness is only aware of some of the things your brain is doing.”

So our conscious minds, the part of us we may be used to thinking of as “us,” really isn’t making decisions. It’s being fed the decisions from other parts of our mind–parts of which we may be unaware. The process of our unconscious mind making us aware of what we’ve already decided is what feels to us like “making the decision.”

Honestly it seems creepy until you realize that those other parts of our minds are at least as much “us” as our conscious minds. So what does the conscious mind do?

Rationalization

The conscious mind makes up stuff about why we do things and why things happen. It rationalizes, finds reasons and makes excuses after the fact. All of that may give us a feeling of certainty about why something happens–but it may not help us get the job done. It does a lot of cool stuff too but that’s for another article.
All the while, we waltz around as if our conscious minds are in control.

What’s The Point?

  • Whatever you think caused whatever problems you’re having might benefit from examination. You might be wrong. Probably. Me too.
  • Don’t take your reasons seriously. They may be untrue. Probably. Me too.
  • If you’ve got a rationale for not accomplishing something and that rationale is outside of your locus of control, you might consider changing it. Even if your new belief is untrue, it might get you closer to getting what you want.
  • Trying to change via conscious willpower is the hard way.
And that’s one reason hypnosis and NLP are so cool! They help change unconscious patterns–and that’s where the action is.

Friday, 7 October 2011

Nak buat Jemputan - daripada 'Walimatul Urus' Karnival Kerjaya Guru

Haha...dengar jer walimatul urus~ sah sah korang semua pk pesal kawen kan?? Kan kan kan? haa..tu tandenya..dah gatal nak kawen..kalu pada yang dah kawen..gatal nak kawen lagi..Hahaha..just kiddig! ;)

Sebagai Pengarah Program dan walimatul urus bagi Program Karnival Kerjaya Guru yang bakal berlangsung di UPSI ni, saya rasa bertanggungjawab dan terpanggil untuk berkongsi informasi mengenai program yang bakal diadakan secara besar - besaran ni. Jemput hadir yer semua!! Program ni merupakan anjuran Bahagian Kaunseling Dan Kerjaya UPSI.Datang jangan tak datang! Hidup kaunseling!