Mia Suke Blog Ni. Anda?

Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Tuesday, 28 February 2012

Mari Bertaqwa Kepada Dzat Al Haq

Dengan Dzat, Sifat, Afaal dan Asma Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Dengan mengingati Dzat yang demi keagungannya, Dia mengajarkan sesuatu yang tidak diketahui oleh makhluknya dengan ilham dan wahyu yang diturunkan berkat perantaraan kalamnya yang bermula tanpa bunyi dan berakhir juga tanpa bunyi yang tinggal hanyalah maklum. Sadaqallahul 'Azim.

Pagi ni tangan aku rasa gatal nak menaip. Kalam kalam di dalam hati mula bersiul membunyikan ilham ilham yang dipenuhi dengan nur yang asyik bergema di dalam hati dan benak fikiranku.

Alhamdulillah, segala puji pujian tertentu itu hanyalah bagi Allah S.W.T yang menguasai jiwa raga manusia.

Jom sama-sama bertaqwa kepada Allah dan memperbaiki diri ke arah kebaikan. InsyaAllah. Usaha itu tangga kejayaan.


" Dan sesungguhnya penjaga orang yang beriman itu adalah Allah. "


Monday, 24 October 2011

Bila kanak-kanak Mengajar Quran - Syok Tengok, Seronok ^.^

Kali ni, aku nak dedahkan sesuatu pada korang. Satu situasi yang semestinya menjadi impian dan harapan setiap ibu dan ayah yang menimang cahaya mata. Mudah-mudahan, generasi seperti ini akan senantiasa bertambah dari hari ke hari utnuk membentuk ummah yang mulia dengan budi perkerti yang terulung warisan daripada baginda Rasulullah S.A.W. InsyaAllah...



Haa..macam mana korang? Best tak tengok? Kagum pun ade..mesti korang tersenyum kan bila tengok gelagat c abg kat atas ni mengajo adik dia mengaji. Hehe..macam tu lah ape yang dirasakan oleh mak dan ayah budak-budak ni. Mungkin lebih dari itu..

Dari sudut pandangan kaunseling, sebagai seorang kaunselor, kalaulah aktiviti semacam ini dilaksanakan setiap hari, both of the kids, akan terlazim dengan keadaaan ni, dan secara tak langsung, akan merasa rindu dengan situasi mengaji kalau ada sehari yang tak diisi dengan aktiviti mengaji.

Oye, kepada korang semua di luar sana, bak kata orang tua tua..kita ni..kceil-kecil mengaji, dah besar jangan lupa untuk mengkaji. Renung-renungkan, selamat beramal~

Menurut B.F Skinner, dalam teori Tingkahlaku (Behaviour ) beliau, beliau mengatakan tingkahlaku manusia dapat dibentuk melalui hasil pembelajaran. Sekian..

Sehingga berjumpa lagi di lain hari.

Kalau anda rasa blog ini menarik, jangan lupa untuk follow dan like serta share post-post yang ada di sini. Jom kita sebarkan ilmu dengan hanya klik klik dan klik mause kita!