Mia Suke Blog Ni. Anda?

Saguhati dari penulis

 SAINS METAFIZIK MEMBONGKAR RAHSIA  SEBALIK TABIR

Teknik ini merupakan panduan asas untuk mengetahui watak  anda, kelebihan dan keistimewaan diri anda sebagai panduan dan penyuluh kehidupan masa depan anda.Bak kata ramai orang, “Tak Kenal, Maka Tak Cinta”. Begitu juga dengan diri kita, jika kita tak kenal diri kita yang sebenar, sukar untuk kita menyayangi diri kita sendiri. Itu yang kadang-kadang kita dengar ada orang terpaksa korbankan diri sendiri untuk orang lain, dan ada pula terpaksa “korban”kan diri sendiri sebab hidup sudah tak bermakna baginya.

Kaedah mengetahui rahsia tarikh lahir ini hanyalah mengenal pasti corak tentang sesuatu kejadian yang telah berlaku sebelum ini dan kemudian kita buat satu strategi untuk memperbaiki situasi itu.Contohnya, di dalam menganalisa pasaran saham. Kita memerlukan alat dan kaedah untuk membuat kajian. Maka biasanya penganalisis pelaburan akan membuat kajian berdasarkan “fundamental analysis” tentang ekonomi secara global,makro, perbandingan antara industry, menganalisa laporan kewangan tahunan,menggunakan “technical analysis” untuk mengkaji corak pergerakan saham syarikat tersebut sebelum kita membuat sesuatu ramalan atau “forecasting”.

Setelah kita membuat kajian dan ramalan ini, kita tak akan berani mengatakan 100% tepat. Tetapi, setelah semua usaha dan kajian telah dilakukan, kita akan lebih berani dan yakin dengan keputusan yang kita buat dan kita akan lebih selesa dengan risiko yang mungkin kita sanggup hadapi.Begitu jugalah dengan tarikh lahir ini, kita boleh huraikan tentang watak kita atau orang di sekeliling kita samada kita sedar atau tidak, dimana watak yang bagus kita boleh tingkatkan lagi dan sekiranya tidak bagus kita boleh perbaiki.

Kita boleh huraikan tentang potensi di dalam satu-satu jenis perniagaan kerana banyak kajian secara sedar atau tidak, kita berada di dalam satu perniagaan atau industri yang sesuai atau tak sesuai dengan elemen pada tarikh lahir kita.Ini memudahkan kita mencapai kejayaan yang kita kehendaki. Sebab itu kadang-kadang kita jumpa orang buat perniagaan, bekerja 24 jam sehari, berusaha sangat gigih tapi perniagaan masih tetap tak naik-naik. Lebih malang lagi perniagaan terus bungkus.

Sebaliknya, kadang-kadang kita lihat di sekeliling kita, orang buat perniagaan, apa saja yang dibuat semua menjadi. Kalau jual produk, cerita serba sedikit lebih kurang, dah ada orang nak beli. Kadang-kadang tu, buat perniagaan dengan tak sengaja,bermula dengan suka-suka kemudian jadi empayar perniagaan yang hebat.Kenapa terjadi demikian?Ini kerana mereka telah memilih perniagaan yang sesuai dengan elemen yang ada pada mereka, samada mereka sedar ataupun tak sedar, selain berkat usaha dan strategi yang sesuai dan juga disertai dengan doa.

Selain itu, melalui analisis tarikh lahir juga kita boleh merancang masa depan anak-anak kita. Kita boleh tahu psikologi cara mereka berfikir dan cara nak berkomunikasi dengan mereka. Ada juga yang menggunakannya untuk mengenalpasti pasangan yang sesuai atau untuk lebih mengenali pasangan mereka sekarang. Boleh juga digunakan untuk memilih pekerja, rakan niaga atau bos yang sesuai dan serasi dengan kita. 

Melalui kaedah ini juga, kita boleh mengenal pasti potensi masalah kesihatan untuk pencegahan atau mencari penyelesaian.Jadi, kunci kata yang saya suka gunakan kepada sesiapa yang ingin tahu, apa yang kita boleh buat dengan tarikh lahir kita? Maka jawapan saya ialah “Kenal dan Rancang”, “Check and Balance”. Kenalpasti kekuatan, kelemahan, potensi (bakat), ancaman dan peluang yang sememangnya ada pada diri kita.

“TUHAN TIDAK MENJADIKAN KITA DENGAN SIA-SIA”

Setiap kejadian di atas muka bumi ini ada fungsi dan kegunaannya masing-masing.Hatta, kuman atau bakteria sekali pun ada sebab dan tugasnya kenapa tuhan ciptakannya.Jadi, kenali potensi diri kita supaya kita menjadi orang yang lebih hebat.Saya pinjam kata-kata Azizi Ali, penulis buku kewangan no. 1 di Malaysia ;-

“Hidup terlalu singkat untuk menjadi orang biasa-biasa”.
Maka… jom kita sama-sama jadi orang yang Luar Biasa Hebat!

Ringkasnya, dengan mengetahui “Rahsia Tarikh Lahir”, kita boleh kenali Potensi Diri untuk mencapai Kebahagian, Kesihatan, Kekayaan dan Kejayaan.

Entri Ke-2

Berikut merupakan huraian dan tafsiran ringkas mengenai nombor utama dalam pengiraan tarikh lahir.
P/S : Cara pengiraan akan diberikan kemudian. Harap sabar menunggu.



Nombor Teras
Penerangan Ringkas
1
BERDIKARI
Bijak, pemimpin semulajadi, kreatif, banyak idea baru, berani, berdikari, positif, individualistik, perfectionist, agresif, sentiasa nak menang, keras kepala,ego yang tinggi, terlalu bertetus terang, sentiasa rasa dia betul, menguasai.
2
SUARA, KERJASAMA
Jujur, pembersih, lembut, tenang, pendengar tapi tak semestinya buat, memahami, penyabar, mudah dibuat kawan dan berkawan, diplomasi, suka bersimpati, boleh dipercayai, mudah memaafkan, pemalu, terlampau sensitive, cemburu, susah buat keputusan, tidak tetap pendirian.
3
AKTIF / AGRESIF / BERGEMBIRA
Popular, cepat siapkan kerja tapi tak sempurna, baran, agresif, kurang tegas, perhubungan rapuh, mudah berkawan, suka ikut fesyen, bersemangat, mudah teruja, kreatif, egois, suka mengarah.
4
BERKHIDMAD/ILMU/MERANCANG
Kemahiran yang tinggi, bijak, tidak mudah putus asa, sukar simpan wang, perhubungan mudah putus, bersangka buruk pada orang, rajin, keras kepala (degil), kedekut, setia, suka kerja rutin, logical, tak berani ambil risiko.
5
KEBEBASAN,MENCARI ARAH  (PERINTIS)
Kerja kuat ( workaholic), pemimpin, keras kepala, berpangkat tinggi, adventurous, bercita rasa tinggi/mewah, bijaksana, berfikiran jauh, berani ambil risiko, suka/minat berniaga, boros, suka bertangguh, berkira.
6
KESEIMBANGAN, T.JWB, CINTA DAN WANG
Gila duit, citarasa mewah, berdikari, mahu menguasai, tidak mementingkan diri, suka duduk di rumah, bijak, jujur, berperikemanusian, penyayang, tamak.
7
ANALISIS, MEMAHAMI,KAWAN/PENGIKUT
Suka bertelagah, cerewet, popular, tarik penyokong, percaya kepada mistik, moody, pemalu, suka mengasingkan diri, analitikal, suka berfikir, kekuatan kerohanian.
8
MENCARI PENGARUH, MATERIALISTIK,TANGGUNGJAWAB & TEKANAN
Bertanggungjawab, pendiam tapi ramai kawan, boleh dipercayai, suka kebebasan dan kuasa, keras kepala, ada sifat kepimpinan, suka terusus dan kemas, suka membantu dan baik hati, gila wang, ego, mudah tertekan, kekuatan deria rasa ke-6.
9
KEMANUSIAN,KEJAYAAN,ASET, PENGORBANAN
Pandai PR, bergaya kemas, tarik simpati orang tua, bijak, kesunyian, sensitif, ikhlas, berbakat, ada sifat kepimpinan, penyayang.