Mia Suke Blog Ni. Anda?

Hal Ehwal Agama

In Progress. Harap sabar menunggu ^.^ . Terima kasih. Teruskan pembacaan anda.

Bahagian ini akan memuatkan entri yang berkaitan dengan hal ehwal ketuhanan, keagamaan dan tauhid hakiki.

Antara topik yang bakal diletakkan disini : -
  • Rukun Iman
  • Rukun Islam
  • Sifat 20
  • Al fatehah
  • Solat
Bahagian ini akan dipenuhi dengan idea dan pendapat penulis blog sendiri. Harap maklum. Artikel yang unik dan tidak terdapat daripada mana-mana website mahupun blog yang lain.Dalam masa yang sama akan ada selingan tertentu disebabkan komitmen masa.

Post Pertama




ARAHAN UNTUK KESAN MAKSIMUM :

  1. Pejamkan mata anda. Fokus pada warna hitam atau satu warna sahaja yang anda lihat selepas anda memejamkan mata. 
  2. Tarik nafas dalam-dalam. Hayati bacaan sepenuh hati. Tarik nafas lagi dalam-dalam.
  3. Beritahu diri anda untku membantu anda fokus - hayati..hayati...hayati..
  4. Lakukan selama mana anda mahukan. Sekian.
Post Kedua.


Sila ambil sebatang jarum, pegang di jari kanan anda.
Cari benang cuba masukan benang kedalam lubang jarum tersebut.Boleh.?

Bagus sekali....



Sekarang keluarkan benang dari lubang jarum tersebut. Masukan kembali benang kedalam lubang jarum tersebut. Sekarang cuba perhatikan nafas anda. Apakah sewaktu anda memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut nafas anda menjadi perlahan atau anda menahan nafas anda sebentar tanpa anda sedari.? . Saya percaya anda akan menahan nafas atau setidaknya anda bernafas dengan sangat perlahan dan lembut sekali sewaktu anda memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut.

Semakin anda memperlahankan nafas anda anda semakin mudah berkosentrasi memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut.Nafas mempunyai hubungan yang sangat erat dengan aktiviti minda. Semakin perlahan nafas anda semakin perlahanlah gelombang otak anda. Maka semakin mudah anda mencapai gelombang alpha. Alpha merupakan sebuah keadaan gelombang minda yang sangat tenang.Ketenangan itu merupakan syarat yang paling di galakan dalam membaca ayat suci. 

Hari ini saya ingin memasukan "benang" Al Fatihah kedalam "Lubang Jarum" Hati anda. Mari kita sama lakukan bersama agar "jarum hati" anda sentiasa tajam dan mudah menembusi hijap zulmah yang bersarang dalam fikiran anda.


To be continued.. Latihan Al-Fatehah!


Post Ke - 3



Duduk dengan nyaman dan selesa, anda boleh lakukan di atas kerusi atau bersila di atas lantai.


  • Tarik nafas melalui hidung,lepas nafas perlahan lahan melalui mulut.Lakukan 37 kali. ( merupakan pusingan nafas dari Beta Ke Alpha). Jangan di bayangkan apa-apa pun termasuk kalimah atau pun cahaya , sebab visualisasi merupakan permainan minda juga. Anda tetap tidak dapat menembusi hijap minda.
  • Sebut kan kalimah allah dari halkum anda. Hubungan antara buah halkum dengan fikiran sangat berkaitan antara satu sama lain.
  • Arahkan kalimah tersebut pada dua jari di atas susu kanan anda. Ingat suara zikir anda harus berasal dari suara hati anda. Persoalanya manakah suara hati dan manakah suara fikiran anda?. Saya tinggalkan persoalan ini tanpa saya menjawabnya. Saya akan menjawapnya pada perengan yang seterusnya. Teruskan bersuara dengan lafas Allah. Arahkan suara tersebut dari buah halkum anda kemudian suara tersebut menuju pada 2 jari di atas susu anda. Ucapkan berulang ulang, paling sedikit 100x ulangan.Ingat hanya suara bukan bayangan kalimah atau cahaya yang anda ciptakan dari fikiran anda.
  • Kemudian sila tungkatkan lidah anda di atas lelangit mulut anda. Ucapkan kalimah tersebut dengan lidah di tungkatkan di lelangit mulut anda. Nah disini anda dapat merasakan perbezaan suara yang keluar tersebut. Suaranya lebih lembut dan lebih jelas sebutanya. lebih mantap sebutanya.Inilah suara awal yang kita pancing dari hati nurani anda. Ulangi sebanyak 100x lagi sehingga anda berada 1/2 di tubuh anda dan separuh lagi berada di dalam hati anda. Ulangi lagi proses ini sehingga fikiran dan diri anda berada 100% dalam jiwa dan hati anda. Bila berada disini ciptakan "anchor" untuk diri anda dengan cara berdoa" ya allah setiap kali hamba mu berzikir "Allah" saya berada dalam keadaan ini 100x kali ganda lebih cepat dan semakin dekat dengan mu ya Allah"


Mulalah membaca Alfatihah dengan menggunakan suara hati anda, dengan cara menungkat lidah di atas lelangit mulut anda. Anda akan merasakan sesuatu yang sangat luar biasa tentang Kehebatan Al Fatihah ini. Dengan Izin Allah.......... wasalam.
   
 Post ke 5 


Assalamualeykom semua..entri dalam page ni kali ni saya nak ajak anda semua sama-sama mengalunkan zikrullah yang saya sediakan ini. Mari. Sama-sama kita lalui terapi zikir kepada Dzat Wajibal Wujud. Semuga terapi ini menghidupkan hati kita semula. Jom!?

Alang-alang dah sampai ke sini, mari ler sama-sama berzikir..rugi tak zikir..




Post ke 6



Ini pula rentaknya tuan-tuan..maaf ler, susunan tak sama..





Ini pulak versi sambungan..yang ke -2...jom jom tengok...


Saya cadangkan anda dengar alunan zikir yang dialunkn oleh Ustaz Badrul Amin.. Sekian..




Post ke 7


Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang dan tenteram. Kerna di sisi Allah itu ada rahmat yang banyak.


Awal ugama itu mengenal Allah. Kenal lah Allah pada Asma'nya, Afaalnya, dan Sifatnya. Setelah itu kenal lah Dzatnya. Semoga dengan usaha yang sedikit ini akan membuahkan hasil yang akhirnya akan dikecapi ketika akhirat kelak. InsyaAllah.


Adapun mengenal Allah itu adalah melalui guru yang mengajar. Ada sesetengahnya akan mengajar dengan menyampaikan tentang hal ehwal 20 sifat wajib mengenal. Iaitu Sifat 20 bagi Allah. Selain daripada itu rukun iman dan rukun islam 2 rukun yang terdiri daripada 11 perkara ini juga memainkan peranan yang penting dalam pada usaha seseorang insan itu menuju kepada kesempurnaan kendiri. Insan kamil mukamil.


Apa yang penting, tenang, sabar dan ikhlas itu amat penting. Bagi mencapai keadaan atau martabat emosi yang baik ini, maka mohon lah pada tuhan dengan bersungguh-sungguh. InsyaAllah..


Selamat Menghayati Lagu Ini. Renung-renungkan. Selamat Beramal.






To be continued...