Post Pertama
Apa itu NLP
Apa itu NLP
NLP ialah Neuro Linguistik Programming. Ianya merupakan satu perkembangan ilmu dalam bidang psikologi. Di Eropah, ianya turut digelar oleh kebanyakan NLP Master Practitioner sebagai Psikologi Pencapaian - Achievement Psikologi.
Mari kita dengar sendiri pendapat pengasas NLP mengenai apa itu NLP ( B.Inggeris )
Makna Disebalik N.L.P
Neuro (N) - merupakan sistem neurologi / saraf manusia yang kompleks. Di sinilah maklumat, memori dan pengalaman diterima oleh seseorang melalui paradigma dan pancaindera yang ada - lihat, dengar, sentuh, bau, dan rasa. Segala tingkah laku manusia yang wujud terbina daripada proses neurologi yang berlaku di antara integrasi deria-deria ini. Inilah yang menghasilkan keadaan mind-body system.
Linguistik (L) - merupakan sistem bahasa dan proses komunikasi - verbal / non-verbal. Di sinilah wujudnya satu fenomena yang dinamakan sistem persembahan dalaman yang mengekod, mengatur dan membina serta memberi makna kepada manusia. Di sinilah tempatnya setiap daripada kita menyusun tingkahlaku dan pemikiran ; melalui bahasa untuk saling berhubung / berkomunikasi sama ada dengan diri sendiri ( dalaman ) atau orang lain ( luaran ) .
Programming - keupayaan individu untuk mengatur sistem neurologi - gambaran, suara dan lain2, melalui format dan proses tertentu ; corak, model, paradigma yang ada dalam diri bagi mencapai niat dan tujuan yang spesefik dan hasil yang diingini.
Sebenarnya masih banyak lagi makna dan tafsiran NLP yang diberikan oleh tokoh-tokoh yang telah diiktiraf di dalam bidang ini. Sekian, sehingga berjumpa lagi.
Sekali lagi video penerangan oleh John Grinder mengenai apa itu NLP
Post Ke-2
Berikut merupakan video ringkas mengenai Model Komunikasi NLP ( B.Inggeris )
Berikut satu lagi video mengenai NLP Communication Model - Perkara ini penting dlm NLP
Saya amat berharap agar bahan yang disediakan dapat memberikan maklumat kepada anda!
Post ke-3
Berikut merupakan model komunikasi NLP...huraiannya akan saya berikan kemudian yer...
Sekian sahaja untuk post kali ni..harap sabar menunggu hurainnya nanti yer..
To be continued...
Berikut merupakan antara bahagian-bahagian penting dalam NLP yang harus dikenalpasti oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk mendalami ilmu ini. Harus diingat di sini, NLP bukanlah satu terapi. Tetapi ianya merupakan satu sikap , dan metodologi. Bidang ini mengkaji pola mental, emosi dan fizikal orang-orang yang extraordinary dalam kehidupan dan kerjaya mereka. Sekiranya anda mengikuti perkembangan post saya di sini, saya pasti sedikit sebanyak anda akan memahami apa itu NLP dan kegunaan NLP dalam kehidupan harian anda. Terutamanya jika anda merupakan seorang kaunselor.
Topik yang diperbincangkan dalam bidang NLP di seluruh dunia ;
- Modaliti - V.A.K.O.G.P
- Sub-Modaliti - Internal Representation Block
- Tunggak penting NLP - The Map is Not The Territory / The Menu is Not The Meal etc.
- Model Komunikasi NLP - mendasari kebanyakan Pattern NLP - Advance nor a beginner pattern.
- Model Meta - Meta Program, Meta Sub-modaliti etc
- Model Milton
- Pattern NLP - more than 400++ pattern available today ; i got 200 pattern in my store.
- Swish patttern - most famous pattern ; coz it effects subconcious mind easily in a short period of time.
- Kalibrasi / callibration
- Framing and reframing
- Pacin etc
Sebenarnya masih banyak lagi perkara yang diperbincangkan dalam NLP. Segalanya menurut kaca mata saya sendiri adalah satu anugerah daripada Allah bagi membolehkan human race di dunia ini mencapai kegemilangan dan kecemerlangan dalam kehidupan dalam bentuk yang lebih mudah, cepat dan berkesan! Sekian sahaja daripada saya, sehingga berjumpa lagi. Selamat melayari blog ini!
Berikut merupakan video ringkas mengenai Model Komunikasi NLP ( B.Inggeris )
Berikut satu lagi video mengenai NLP Communication Model - Perkara ini penting dlm NLP
Video ini menceritakan tentang bagaimana otak manusia menerima jutaan dan billion rangsangan luaran dalam masa sesaat mengenai sesuatu perkara seterusnya bagaimana sistem tapisan sedar dan sistem tapisan tidak sedar di dalam minda seseorang manusia itu berfungsi dalam memproses maklumat. Penapis Tak sedar tersebut adalah ; generalisasi, pemadaman, dan herotan. Apa itu 3 perkara ini? Nantikan dalam post yang seterusnya!
Saya amat berharap agar bahan yang disediakan dapat memberikan maklumat kepada anda!
Post ke-3
Berikut merupakan model komunikasi NLP...huraiannya akan saya berikan kemudian yer...
Sekian sahaja untuk post kali ni..harap sabar menunggu hurainnya nanti yer..
Seorang kanak kanak lelaki bertanyakan ibunya, “ Apa itu NLP? ”
Maknya pun menjawab, “ Ibu akan beritahu adik sekejap lagi. Tapi sebelum tu adik kena lakukan sesuatu supaya adik boleh faham. Nampak tak atuk yang tengah duduk atas kerusi kat hujung sana tu?”
“Nampak”, kata kanak-kanak lelaki tersebut.
“ Pergi dan tanya atuk tentang penyakit arthritis dia harini. ”
Kanak-kanak tersebut lalu pergi kepada datuknya lalu bertanya. “ Atuk atuk.. ”, katanya, “ ..macam mana dengan sakit arthritis atuk harini? ”
“ Oh, teruk sikitlah harini cu ”, balas orang tua tersebut. “ Sakit atuk makin menjadi-jadi bila menjelang cuaca yang lembab. Susah atuk nak gerakkan jari jemari atuk harini ” . Kesakitan dapat dilihat terpancar di raut wajah orang tua tersebut.
Kanak-kanak tersebut lalu kembali kepada ibunya. “ Atuk kata sakit dia teruk. Adik rasa mesti penyakit tu amat menyakitkan atuk. Ibu nak bagi tahu adik dah ke tentang NLP? ”
“ Kejappp je lagi, ibu janji, ” balas maknya. “ Sekarang, adik pergi semula pada atuk, dan tanya : Atuk, apa perkara yang paling melucukan pada atuk yang adik buat masa adik masih kecil? ”
Kanak-kanak tersebut kemudiannya pergi semula ke atuknya. “ Atuk, ” dia memulakan perbualan, “ apa perkara yang paling melucukan yang pernah adik buat masa adik masih kecil? ”
Kulit berkedut orang tua tersebut mula menegang. “ Oh, ” beliau senyum, “ Banyak benda. Ada satu masa tu, bila adik dengan kawan adik bermain meluncur salji dan adik menaburkan dan membaling bedak ke serata tempat dan menganggap bedak tu salji. Atuk ketawa masa tu – tapi atuk tak perlu bersihkannya ”.Dia termenung jauh dan terlihat ukiran senyuman manis di bibirnya mengenangkan saat dan detik manis tersebut.
Kemudian ada sekali tu, atuk bawak adik keluar berjalan – jalan. Ianya merupakan hari yang sungguh indah dan adik tengah menyanyikan lagu yang adik baru sahaja belajar. Kuat kuat. Tiba – tiba seorang laki-laki jalan melewati kita dan memberikan pandangan yang teruk dan buruk kepada adik. Dia fikir adik hanyalah membuat bising. Dia suruh atuk bagi tahu adik supaya diam. Adik pun turun daripada riba atuk dan cakap kat dia, “ Kalo pakcik tak suka saya menyanyi, pak cik boleh pergi dan didihkan kepala pak cik dalam periuk. ” kemudian adik teruskan menyanyi dengan lebih kuat. Lelaki tua tersebut tergelak kecil bila mengenangkan peristiwa tersebut.
Kanak-kanak lelaki tersebut kembali semula ke pangkuan ibunya. “ Ibu dengar tak apa yang atuk cakap tadi? ” dia bertanya.
“ Ya ”, jawab ibunya. “ adik berjaya menukar perasaan atuk dengan beberapa perkataan sahaja. Itulah NLP. ” kata ibunya.
To be continued...