Psiko- Numerologi ; Suatu anjakan ilmu dalam membitarakan insan
Bismillah, assalamualaikum dan salam sejahtera. (Menggeliat habis habisan...). Fuhh..lega. Lameeeeeeee tak menulis di blog sendiri. Maaf, sibuk berpraktikum dan membuat thesis. Apa pun, perjuangan bagi menulis di blog ini akan saya teruskan apabila masa mengizinkan.
Berikut merupakan antara perkara yang terdapat di dalam psiko-numerologi :
Daripada kaedah psiko-numerologi ini, anda boleh melakukan perkara yang berikut :
Bismillah, assalamualaikum dan salam sejahtera. (Menggeliat habis habisan...). Fuhh..lega. Lameeeeeeee tak menulis di blog sendiri. Maaf, sibuk berpraktikum dan membuat thesis. Apa pun, perjuangan bagi menulis di blog ini akan saya teruskan apabila masa mengizinkan.
Setakat ini, saya cuma ingin membuat pengumuman bahawa saya bakal melancarkan modul baru, Modul Psiko-Numerologi yang saya gelarkan sebagai kit kaunselor bagi membantu ramai kaunselor muda dan kaunselor senior di sekolah dalam pelbagai konteks.
Psiko-Numerologi merupakan suatu kesinambungan daripada kaedah numerologi (tarikh lahir) yang telah mengalami pembaharuan dan penambahbaikan hampir 95%! Kaedah pentafsiran yang lebih menyeluruh yang melihat kepada pemikiran, perasaan, tingakhlaku, dan gaya perhubungan.Anda boleh mengenali klien atau orang lain dalam masa yang amat singkat berbekal kan teknik dan kaedah psiko-numerologi ini. Nah, jangan lepaskan peluang untuk menghadiri training dan membeli modul panduan perlaksanaan Modul Psiko-Numerologi ini.
Setelah menjadikan pembikinan Modul Psiko-Numerologi sebagai thesis saya, saya telah berjaya menghasilkan penulisan modul yang lengkap bagi kaedah psiko-numerologi ini. Nantikan kemunculan buku panduan modul psiko-numerologi di pasaran!
Berikut merupakan antara perkara yang terdapat di dalam psiko-numerologi :
- Pentafsiran Personaliti
- Perntafsiran Pemikiran
- Pentafsiran Perasaan
- Pentafsiran Tingkah laku
- Pentafsiran Gaya perhubungan
- Cadangan Positif
- Pandangan CTRT - Choice Theory Reality Theraphy terhadap individu yang memiliki kod tertentu
- Gaya bercinta - 6 pattern of love dalam kod kod rahsia
- 4 personaliti - sanguin, melankolik, koleris, dan plegmatis
- 15 personaliti Sidek Noah yang telah digabungkan dengan kaedah ini
- dannnnn banyak lagiiiii!
Daripada kaedah psiko-numerologi ini, anda boleh melakukan perkara yang berikut :
- mengenalpasti kecenderungan personaliti (personality pattern)
- mengenalpasti corak pemikiran sendiri dan orang lain (thought pattern)
- mengenalpasti gaya berperasaan dan kecenderungan berperasaan (emotional pattern)
- mengenalpasti kecenderungan tingkahlaku seseorang dan diri sendiri (behaviour pattern)
- mengenalpasti gaya bercinta (Love pattern)
- mengenalpasti gaya belajar dan kecenderungan ketika belajar (Learning Pattern)
- memperbaiki kelemahan diri
- mengenalpasti potensi dan kewibawaan diri
- dan berbagai-bagai lagi!
NANTIKAN KEMUNCULAN MODUL PSIKO-NUMEROLOGI DI PASARAN!!!
(Due date mungkin lagi 6 bulan daripada sekarang bakal diterbitkan daripada penerbit UPSI)
Modul ini boleh digunakan dalam konteks yang berikut :
- Kem / Bengkel Kepimpinan Kendiri (Leadership)
- Kem atau bengkel Pembinaan Jati diri (Self Esteem)
- Pengenalpastian Kerektor dan Personaliti Diri (Personality)
- Motivasi dan seangkatan dengannya (Motivation)
- Team Building
- Gaya bercinta (Love Pattern)
- Gaya berkomunikasi (Communication Pattern)
- Kekeluargaan dan Pembinaan Rumah Tangga Bahagia (Family)
- Kem atau Bengkel Gaya Belajar (Learning Pattern - NLP approach)
- Modul ini juga sangat sesuai diaplikasikan oleh usahawan dan warga yang bekerja dengan bank seperti ejen insurans dan unit trust. (Mudah mengenali pattern emosi, pemikiran dan tingkahlaku klien).
- Perniagaan dan Jualan Langsung. (Business)
NANTIKAN KEMUNCULAN MODUL PSIKO-NUMEROLOGI DI PASARAN!!!
(Due date mungkin lagi 6 bulan daripada sekarang bakal diterbitkan daripada penerbit UPSI)
Prospek Program dan Bengkel Akademi Psiko-Numerologi
- Kursus LADAP bagi kesemua agensi kerajaan baik dalam bidang pendidikan mahupun bagi agensi kerajaan yang lain.
- Kursus Kempimpinan, Komunikasi, Teambuilding, Motivasi, Kerektor dan Personaliti, serta Family - kekeluargaan yang berasaskan Psiko-Numerologi bagi setiap sekolah; swasta mahupun kerajaan dan unit-unit kerajaan dan swasta termasuk pihak bank.
- Usahawan baik unilevel, multilevel mahupun perniagaan atau kerja seperti ejen insurans dan ejen unit trust serta ejen jualan langsung.
- Suami dan isteri yang ingin mengenali pasangan dengan lebih terperinci.
- Pelajar sekolah menengah terutamanya menengah atas dan pelajar universiti dan politeknik dan kolej swasta dan kerajaan.
- Kaunselor-kaunselor berdaftar dan tidak berdaftar yang berada di institusi pendidikan dan kerajaan mahupun swasta yang ingin menambah ilmu pengetahuan dan tahap kompetensi.
- Motivator dan penceramah bebas yang ingin menambah ilmu pengetahuan dll.
Salam persahabatan dan Salam Maju Jaya dari saya, Razin Rahman.
Bakal Kaunselor dan Founder of Psiko - Numerologi
Pentafsiran Hari Bulan 1 hingga 31 hari bulan
P/S : Berikut merupakan contoh pentafsiran berdasarkan hari bulan kelahiran seseorang sahaja. Bermula daripada 1 hb hingga 31 hari bulan mempunyai tafsirannya yang tersendiri.
1 – KESEORANGAN, KEBEBASAN, PENCAPAIAN. (1, 10, 19, 28)
1 Hari Bulan
(Penekanan kepada no. 1 sahaja. Bukan untuk tenaga yang terdapat dengan nombor-nombor lain)
· Sikap berdikari
· Berkebolehan Eksekutif
· Bercita-cita tinggi, positif, progresif.
· Yakin pada diri sendiri
· Banyak keazaman
· Berpotensi untuk mencapai dan mendapat ganjaran kewangan
· Minda yang bagus
· Praktikal dan rasional
· Selalu gunakan pendekatan praktikal
· Sensitif. Jarang tunjukkan perasaan
· Lebih baik dala mmemulakan berbanding meneruskan sesuatu sedia ada
· Lebih baik dengan butiran dan broad strokes
Terdapat banyak lagi tafsiran dan penganalisisan yang ada dalam kaedah Psiko-Numerologi ini.
Kaedah ini merupakan kaedah yang PERTAMA DI DUNIA yang mengintegrasikan fahaman numerology iaitu sains metafizik dan fahaman kaunseling dan psikologi. AWAS, anda bakal terdedah kepada teknik TERHEBAT di abad ini!
Kaedah Psiko-Numerologi ini telah melalui 95% pembaharuan dan penambahbaikan dengan integrasi pelbagai teori yang bertaraf dunia seperti teori CTRT - Choice Theory Reality Theraphy, Teori Kerjaya Holland - RIASEK, dan 15 personaliti Sidek Noah yang telah disesuaikan dan digabungkan dalam kaedah ini.
Pelbagai jenis manfaat yang boleh anda perolehi melalui modul ini seperti :
Melakukan perubahan kendiri.
Meningkatkan produktiviti diri dalam pelbagai konteks.
Memperbaiki semula perhubungan yang rapuh.
Melakukan anjakan paradigm ke arah keberkesanan yang optimum.
Membentuk semula jati diri.
Meningkatkan kepercayaan kendiri.
Memperbaiki taraf kehidupan keluaga dan rumah tangga.
Meningkatkan kredibiliti diri dalam urusan perniagaan.
Meningkatkan kebolehan untuk menyumbang dalam komuniti kecil dan besar.
Meningkatkan tahap kesihatan mental dengan menanamkan kepercayaan kendiri yang positif.
Mewujudkan perhubungan yang dinamik dan positif serta mendatangkan hasil yang diidam-idamkan.
Memperbaiki tahap komunikasi dalam setiap lapangan perhubungan.
Dalil Qoran - Membolehkan Psiko-Numerologi (Alat Ukur)
Bismillahirrahmanirrahim. Thanks to God. Assalamualaikum dan salam sejahtera. =D
Entri saya kali ni bertujuan untuk mengemukakan beberapa dalil Qoran yang diperolehi hasil daripada semakan saya bagi melihat sama ada teknik psiko-numerologi yang menggunakan tarikh lahir sebagai data asasnya sah atau pun tidak dari segi hukum syarak.
Sukalah untuk saya maklumkan di sini, ada sesetengah pihak yang panas telinga dan menaburkan kata-kata kejian dan hinaan kepada sebarang kaedah yang menggunakan tarikh lahir. Mereka memberikan pelbagai alasan dan sebab. Bahkan ada yang menggunakan hadis.
Oleh itu, disebabkan hal ini, saya tergerak untuk berkongsi 6 dalil daripada Al-Qoran yang telah saya jumpai yang mengesahkan bahawa kaedah psiko-numerologi ini BOLEH digunakan sebagai satu alat ukur dalam melihat kecenderungan dan potensi corak pemikiran, corak perasaan, corak tingkahlaku dan corak personaliti bahkan corak bagaimana seseorang itu berhubungan dan berkomunikasi sesama manusia lain juga boleh diperhatikan. Hal ini berjaya dicapai SETELAH kajian demi kajian, dan proses menggabungjalinkan PELBAGAI TEORI dimasukkan dalam kaedah numeroloi asal (tarikh lahir Dr. Azizan Osman). Bukan secara membabi buta tanpa dalil yang kukuh dari segi intelek dan dalil qauli (Qoran).
Dalil yang pertama adalah dalam surah Al-Hijr dalam ayat yang ke-19 dan 21 yang bermaksud seperti berikut.
19. Dan Kami telah menghamparkan bumi dan menjadikan padanya gunung-gunung dan Kami tumbuhkan padanya segala sesuatu menurut ukuran.
21. Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami-lah khazanahnya; dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran yang tertentu.
Jika tuan puan perhatikan, dalam ayat tersebut, Tuhan telah menyatakan bahawa segalan khazanah termasuk ilmu pengetahuan berada di sisinya. Dan khazanah tersebut tidak akan diturunkan MELAINKAN dengan UKURAN yang TERTENTU. Tuhan menyebutkan tentang ukuran di sini. Secara logik, dalam psikologi, terdapat satu bidang yang dipanggil pengukuran dan penilaian bagi melihat kecenderungan dan potensi dalaman manusia. Dalam hal ini, saya telah menjadikan teknik numerologi sebagai satu alat ukur apabila saya berjaya menggabungjalinkan pelbagai teori dan konsep sebagaimana yang diterangkan.
Jika tuan puan meliat pada ayat yang ke-19, Tuhan telah menyatakan apa itu UKURAN denga mengatakan tumbuhnya segala sesuatu itu dengan ukuran. Pada zaman dahulu kala, pada zaman awal islam, penemuan sel masih belum berlaku dan ukuran bagaimana tumbesaran itu berlaku tidak boleh diketahui. Namun pada zaman ini, ukuran tumbesaran itu boleh diperhatikan! Ianya tidak mustahil lagi. Begitu juga dengan personaliti, pemikiran dan perasaan serta tingkahlaku. Ianya BOLEH DIUKUR pada zaman ini. Inilah yang dimaksudkan 'ukuran' MENURUT TUHAN, bukan saya.
'Ukuran' itu sendiri boleh dikaitkan dengan NOMBOR. Bukankah begitu??? Untuk makluman tuan puan, keenam-enam dalil yang saya jumpai ini ada menyebutkan perkataan UKURAN. Apakah maksud tuhan di sini??? Renung-renungkanlah dan selamat beramal.
Dalil seterusnya adalah dalam surah Al-Mukminun ayat yang ke - 18 yang bermaksud seperti berikut.
18. Dan Kami turunkan air dari langit menurut suatu ukuran; lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi, dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa menghilangkannya.
Suka saya sentuh di sini bahawa, suatu ketika dahulu, weather forecasting atau ramalan kaji cuaca telah dilabelkan haram oleh pihak tertentu. Namun setelah memahami bagaimana forecasting tersebut diperolehi, maka sehingga ke hari ni, weather forecasting telah dibenarkan dan terbukti forecasting yang dilakukan lazimnya BETUL. Kenapa??? Kerana ukuran. Ianya boleh DIUKUR. Begitu juga personaliti, pemikiran, perasaan dan tingkahlaku manusia! Berfikiran terbukalah.
Dalil yang seterusnya, adalah dalam surah Al-Furqaan dalam ayat yang ke-2 seperti yang berikut.
2. yang kepunyaan-Nya-lah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak mempunyai anak, dan tidak ada sekutu bagiNya dalam kekuasaan(Nya), dan dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya
Dalam ayat ini, Allah menyatakan bahawa kepunyaan-Nya lah segala apa yang di langit dan di bumi. Dia yan gmenciptakan dan MENETAPKAN ukuran dengan serapi rapinya. Persoalannya di sini, bagaimana jika manusia diizinkan dan berjaya mengenalpasti ukuran ukuran tersebut? Bukankah ianya merupakan sedikit daripada khazanah ilmu pengetahuan dari-Nya yang menandakan kebesarannya???? Renung-renungkanlah wahai saudara saudari.
Dalil yang seterusnya adalah dalam surah Asy-Syuura, ayat yang ke 27 seperti yang tertera di bawah.
27. Dan jikalau Allah melapangkan rezki kepada hamba-hamba-Nya tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui (keadaan) hamba-hamba-Nya lagi Maha Melihat.
Dalam ayat ini, Allah menyatakan bahawa Dia lah yang menurunkan apa yang dikehendakinya dengan ukuran. Sekali lagi di sini, perkataan ukuran tersebut. Ukuran tersebut, jika diizinkan oleh Allah, tidak mustahil bagi manusia untuk mengetahuinya.
Dalil yang terakhir yang saya perolehi adalah dalam surah Al-Qomar ayat yang ke-49 berbunyi seperti berikut.
49. Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran.
Contohnya, ukuran atom. Pada zaman dahulu kala, ianya adala mustahil. Namun pada zaman ini, ilmu mengenai atom dan zarah-zarah halus termasuklah sel-sel badan manusia sehingga ke peringkat DNA dan kromosom telah berjaya dikenalpasti. Bahkan ada teknik yang boleh melihat kecenderungan personaliti seseorang hanya daripada darah dan anak mata sahaja. Ini bukan syirik!!! Ini adalah khazanah ilmu ketuhanan yang diperolehi daripada kajian dan pemerhatian yang teliti - bukan membabi buta. Terimalah hakikat dan luaskanlah pemikiran. Renung-renungkan, dan selamat beramal.
Nah! Telah jelas di sini bahawa, kaedah psiko-numerologi merupakan satu alat ukur bagi melihat corak dan kecenderungan personaliti, pemikiran, gaya berperasaan, dan tingkahlaku serta gaya berhubung seseorang itu berdasarkan kajian dan penelitian serta panduan teori dan Al-Qoran.
Penerangan terperinci - Personaliti, Pemikiran, Perasaan, Tingkahlaku dan Prospek Kerjaya serta Cadangan Penambahbaikan..
Huraian kod 729/279/257/752/527
Dari segi personaliti, anda dilihat sebagai seorang yang enterprising dan artistik jika mengikut pandangan RIASEC (Teori Personaliti Kerjaya Holland). Sikap enterprising menandakan anda seorang yang sangat suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Anda mempunyai minat dalam mempengaruhi dan mengarah, memimpin serta menguruskan individu lain. Anda juga mahir dan pandai memanipulasikan orang lain. Berfikir tentang kewangan, materialistik dan keuntungan.
Selain itu anda juga merupakan seorang yang artistik. Hal ini menjadikan diri anda seorang yang bersifat creator dan inovatif. Anda mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam keadaan tiada kekangan dalam bentuk undang-undang, peraturan mahupun protokol. Anda tidak selesa dengan kerja yang mempunyai rutin dan berulang-ulang.
Selain itu sifat kemanusian dalam diri anda tinggi menjadikan anda seorang yang berpersonaliti sosial. Anda suka berhubungan dengan manusia. Anda berminat untuk memberitahu, menolong, melatih, memperkembangkan, mengubati dan membuat kebajikan kepada orang lain. Anda seorang yang bagus dalam perhubungan awam dan pandai serta petah dalam berkata-kata. Seorang yang bermulut manis dan pandai bermain dengan kata-kata. Hal ini menjadikan anda seorang yang sesuai untuk menjadi ejen jualan atau promoter.
Anda juga dilihat seorang yang bersifat pengasih penyayang dan mengambil berat terhadap orang yang anda sayangi. Selain itu, jiwa artistik anda menjadikan anda seorang yang emosional dan mempunyai hati dan jiwa yang halus serta mudah terguris. Dalam hati anda ada taman dan hati anda lembut bagaikan kapas. Andai juga seperti span yang boleh menyerap perasaan orang yang dalam rintihan permasalahn menjadikan anda secara tak langsung mempunyai kemahiran melayan orang yang tinggi dan hal ini menjadikan orang suka dengan anda.
Dalam konteks pemikiran pula, anda dilihat mempunyai kecenderungan untuk berfikir secara analitikal yakni berfikir secara kritis dan terperinci mengenai sesuatu perkara. Anda juga seorang yang kreatif berfikir disebabkan pengaruh sifat artistik yang menebal di dalam diri anda. Disebabkan hal ini, fikiran anda penuh intuisi dan mempunyai pelbagai idea yang abstrak dan unik. Anda juga seorang yang suka berangan dan mempunyai daya imaginasi tinggi yang kreatif yang digelarkan dengan istilah bahasa sebagai visualisasi kreatif. Hal ini terjadi dengan sendirinya secara semula jadi bukan disebabkan latihan sebagaimana sesetengah individu. Selain itu anda juga seorang yang berpandangan jauh. Namun kadang kala pemikiran anda tidak tetap kerana terlalu banyak perkara abstrak dalam kotak pemikiran anda menjadikan anda kadang kala pening dan serabut.
Pemikiran anda juga merupakan pemikiran yang sistematik yang teratur dari segi susunan item-item pemikiran anda. Namun begitu pemikiran anda mudah berubah-ubah disebabkan ilham dan intuisi yang banyak di dalam diri anda hasil daripada sifat artistik anda yang tinggi. Pemikiran anda juga bersifat investigatif di mana anda suka membuat pemerhatian, mempelajari perkara baru, menyelidiki sesuatu, menganalisis dan membanding beza, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan. Hal ini menjadikan anda mempunyai kemahiran saintifik (dalma konteks yang luas – sains sosial, sains perubatan dll) dan matematik serta anda mungkin meminati beberapa kerjaya yang berkaitan dengan sains termasuklah sains politik contohnya serta jerjaya yang bersifat teknikal. Anda seorang yang optimis dalam berfikir yakni berfikir kritikal secara habis habisan.
Dari segi gaya berperasaan, anda seorang yang penuh dengan kasih sayang dan seorang yang hangat. Jiwa anda lembut bagaikan kapas dan dalam hati anda ada taman bunga yang cantik dan berbau wangi. Anda sukakan ketenangan dan kedamaian. Anda tidak sukakan keadaan yang tegang dan haru biru. Namun begitu, anda seorang yang mudah tertekan disebabkan anda seorang yang emosional. Hal ini menyebabkan hati anda mudah terguris dan menjadikan diri anda seorang yang sensitif dan peka dengan persekitaran ; perubahan cuaca, perubahan sikap dan gaya layanan orang, dll.
Dalam aspek tingkahlaku pula, anda dilihat sebagai seorang yang pandai menilai kebaikan dan keburukan orang lain disebabkan oleh kemahiran dan kebolehan anda dalam memerhati yang tinggi. Anda kerap memerhatikan hal keadaan di sekeliling anda baik keadaan persekitaran mahupun keadaan orang lain. Anda mempunyai convinving power yang tinggi. Yakni pandai mempengaruhi orang lain, pandai memujuk, pandai mengambil hati orang lain, dan pandai meyakinkan orang lain. Hal ini menjadikan anda seorang yang sesuai untuk menjadi seorang ahli perniagaan, atau jurual mahupun promoter. Atau anda juga boleh melibatkan diri dalam bidang pendidikan dalam konteks yang luas menjadi guru, pensyarah, penceramah bebas, karyawan, ahli sasterawan, ahli muzik, penyanyi dan lain lain lagi. Anda seorang yang pandai bermain kata-kata dan banyak berfalsafah. Anda juga seorang yang mempunyai daya tarikan tersendiri yang kuat sama ada dari segi fizikal mahupun bakat atau lain lain perkara unik yang membuatkan orang tertarik dengan anda. Anda juga kebiasaannya dilihat sebagai seorang yang menawan bagi wanita dan kacak bagi lelaki.
Dalam prospektus kerjaya, anda seorang yang bagus dalam pengurusan dan pentadbiran, bidang kemanusiaan, serta bagus melibatkan diri dalam perniagaan. Anda juga bagus dalam bidang pendidikan dalam konteks yang luas. Tidak sesuai melakukan kerja yang berat dan bercorak realistik. Walaupun anda seorang yang praktikal, namun kerja berat tidak sesuai untuk anda. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk RIASEC bagi personaliti SOSIAL, ARTISTIK dan ENTERPRISING.
Sebagai cadangan, gunakanlah convincing power anda dengan baik ke arah :
- Meyakinkan orang
- Memenangi hati orang lain
- Melariskan jualan
- Mempengaruhi orang
- Memujuk orang dll.
Lihat dan perhatikanlah gelagat orang di dalam bidang kesenian, pendidikan dan perniagaan dan contohilah mana-mana personaliti yang anda mahu kerana anda berpotensi untuk menjadi seperti mereka.
P/S : Terdapat lebih daripada 30 huraian dalam bentuk esei yang mentakrifkan mengenai personaliti, pemikiran, perasaan dan gaya bertingkahlaku seseorang dari segi kecenderungan dan potensi dirinya.
Tunggak Asas Psiko-Numerologi
1.
Tidak semua yang tafsiran yang anda perolehi bertepatan dengan diri anda. Tidak
mungkin 100%. Hal ini kerana tidak mungkin ada alatan di dalam dunia ini yang
boleh memerihalkan keadaan diri seseorang manusia itu dengan tepat. Ini
merupakan fakta yang tidak dapat ditolak di dalam bidang psikologi dan kaunseling.
2.
Berpeganglah kepada diri anda yang sebenar (your real self ability) bukan
kepada diri yang anda idam-idamkan (your ideal self). Jangan tertipu dengan
tafsiran yang diberikan. Baca, fikir dan
bandingkan dengan diri anda terlebih dahulu. Ingat semula memori kehidupan anda
adakah anda sama seperti yang ditafsirkan.
3.
Kaedah ini hanya membantu meringankan proses anda mengenali diri anda seumpama
insan yang sedang tenggelam timbul hanyut dibantai ombak di tengah lautan,
kaedah ini umpama tali atau tunggul tempat anda berpaut supaya anda sampai di
daratan dengan selamat (reality dunia sebenar anda).
4.
Jika hati anda atau instinct anda mengatakan YA!! Maka percayalah
dan lakukan lah sesuatu untuk kebaikan anda atau berundinglah dengan saya di FB
di Dunia Kaunselor Muda.
5.
It is you who determine and design your
own destiny and who is mastering your mind. Andalah orangnya yang
menentukan dan membina sendiri nasib dan takdir anda dan andalah yang menguasai
minda anda bukan orang lain.
6.
You were the ones who choose your total
behaviour ; thinking, acting, feeling and fisiology. Andalah orangnya yang
memilih tingkahlaku total anda ; pemikiran, tindakan, perasaan dan fisiologi
anda.
7.
It is you who responsilbe with what you
choose to be, to believe and to do. Andalah yang bertanggungjawab dengan
apa yang anda pilih untuk percaya, lakukan dan apa yang anda pilih untuk jadi.
8.
Your destiny was on top of your own palm.
So be careful when you make dicision and choice to belive about something.
Nasib anda berada di dalam genggaman dan dakapan anda sendiri. Jadi
berhati-hatilah membuat keputusan dan pilihan untuk mempercayai sesuatu.
9.
Pentafsiran Kaedah Psiko – Numerologi ini berdasarkan teroti Realiti iaitu
Teari Pilihan Terapi Realiti. Sila rujuk yang berikut.
8 Prinsip Teori
Pilihan
1) Tingkahlaku
yang boleh kita kawal adalah tingkahlaku kita sendiri bukan orang lain.
2) Apa
yang kita boleh berikan kepada orang lain tidak lebih hanya sekadar maklumat sahaja.
3) Kesemua
masalah psikologikal yang berlarutan adalah disebabkan oleh masalah
perhubungan. SEMAK SEMULA PERHUBUNGAN ANDA HARI INI.
4) Permasalahan
dalam perhubungan merupakan sebahagian daripada
kehidupan kita yang sekarang.
5) Apa
yang telah lama berlaku mempunyai kaitan dengan apa yang kita lakukan hari ini tapi
kita cuma boleh memenuhi keperluan asas kita pada ketika ini sahaja dan terus merancang untuk memenuhinya pada masa
yang akan datang.
6) Kita
hanya boleh memuaskan keperluan kita dengan hanya memenuhi apa yang terbayang
di dalam dunia quality kita (imaginasi kita).
7) Semua
tingkah laku merupakan tingkah laku keseluruhan dan ianya terbina daripada
empat perkara iaitu tindakan, fikiran, perasaan dan fisiologi.
8) Kesemua
tingkah laku (keseluruhan) adalah pilihan sendiri, tapi kita hanya mempunyai
kawalan terus terhadap komponen fikiran dan tingkah laku sahaja. Kita hanya
boleh mengawal perasaan dan fisiologi kita secara tidak langsung melalui
bagaimana kita memilih untuk bertindak dan berfikir. (Berfikir adalah
pertanyaan dan jawapan di dalam diri - persoalan)