As salam..pagi ni aku nak kongsikan satu lagu 'tuk dijadikan santapan sanubari sebagai bekalan motivasi untuknya! Enjoy..
P/S : Tolong hentikan melodi Secret Garden terlebih dahulu.
ARAHAN UNTUK KESAN MAKSIMUM :
Teknik ini merupakan aplikasi NLP - Neuro Linguistic Programming ( Psikologi Pencapaian ) yang ringkas
SELAMAT MENCUBA! SEHINGGA BERJUMPA LAGI!
P/S : Jangan lupa on semula melodi secret garden. Atau anda boleh guna bond fuego ni juga sambil scroll down ke bawah. Penting. Baru ade kesan emosi ^.^
- Dengarkan lagu. Tumpukan perhatian pada gesekan viola. Tumpukan perhatian pada bunyi drum.
- Bayangkan aktiviti-aktivi yang anda telah rancangkan untuk dilakukan hari ini.
- Bayangkan secara video. Berwarna. Dan dekat dengan anda. Pastikan bayangan pertama anda melihat diri anda. Kemudian anda melihat sekeliling dengan menggunakan sorotan mata. Ini penting untuk meningkatkan kesan emosi.
- Masukkan unsur bunyi-bunyian - suara dll dalam video bayangan anda.
- Beritahu diri anda - kata2 galakan ( apa sahaja )
- Kemudian tarik nafas sedalam-dalamnya sambil menggenggam tanga anda!
- Aku mesti boleh ! ( beritahu diri anda )
- Ulang langkah 1 hingga 7 beberapa kali - 3 kali ( cadangan )
- Jangan gopoh. Lakukan bayangan minda seolah-olah anda membuat montaj aktiviti kehidupan anda hari ini. Faham kan.?
Teknik dan kaedah ini digunakan bagi mengarahkan Minda Separa Sedar anda tentang aktiviti yang bakal anda lalui pada hari ini. Saya yakin dan pasti bahawa kaedah ini dapat memberikan impak yang sangat besar ke arah pembentukan tingkah laku kompeten yang cemerlang. Lakukan dengan bersungguh - sungguh untuk merasakan kesannya.
SEMAKAN : Setelah melalui aktiviti ini, anda akan berasa sangat bermotivasi seperti yang saya rasa!
Gunakanlah aktiviti ini selalu. Anda boleh memilih lagu kegemaran anda sendiri. Instrumental sahaja - lebih berkesan. Lakukan dengan kerap kerana ia akan berfungsi sebagai tambatan. Faedahnya, setiap kali anda rasa kurang bermotivasi, cuma perlu dengarkan lagu ini tanpa perlu melakukan aktiviti minda. Cuma menghayati - kerana minda separa sedar anda telah diprogramkan!
ANDA RUGI JIKA ANDA TIDAK BUAT AKTIVITI INI.
Teknik ini merupakan aplikasi NLP - Neuro Linguistic Programming ( Psikologi Pencapaian ) yang ringkas
SELAMAT MENCUBA! SEHINGGA BERJUMPA LAGI!
P/S : Jangan lupa on semula melodi secret garden. Atau anda boleh guna bond fuego ni juga sambil scroll down ke bawah. Penting. Baru ade kesan emosi ^.^
No comments:
Post a Comment