Dalam hidup ini, ramai orang mencari ilmu dan pengetahuan.
Tapi sebenarnya ramai orang yang lupa untuk mengamalkan
apa yang telah mereka ketahui. Ingatlah, sesungguhnya ilmu
dan kemahiran itu hanyalah seumpama bateri, tindakan adalah
kuasa yang mencetuskan hasil!
Suatu pendekatan interaktif bagi mendekati masyarakat sebagai kaunselor. Blog ini merupakan tempat simpanan ilmu pengetahuan dan pengalaman di sepanjang percubaan penulis blog untuk menjadi kaunselor. Topik yang diperbincangkan; NLP, Sub Concious Mind, Teori Kaunseling, Motivasi, Tarikh Lahir dan sebagainya. Blog ini turut merupakan diari, journal dan buku nota online bagi diri penulis blog.
Mia Suke Blog Ni. Anda?
Showing posts with label motivasi diri. Show all posts
Showing posts with label motivasi diri. Show all posts
Thursday, 22 March 2012
Reminder for those who's in the path of Succes!
Labels:
kaunseling,
Kaunselor,
Motivasi,
motivasi diri
Lokasi : Tg. Malim
Bukit Katil, 75450 Melaka, Malaysia
Sunday, 26 February 2012
5 Prinsip Utama untuk Bejaya dalam Kehidupan
Minggu lepas, aku ke perpustakaan Tunku Bainun Upsi. Saja jela kononnya untuk tengok2 amek mood untuk study semula di Upsi. Sambil aku berjalan, aku menjenguk ke bahagian kegemaran aku. Rak-rak buku yang dipenuhi dengan buku-buku psikologi dan kaunseling.
Lepaih aku berjalan ke hulur ke hilir, aku terpandang sebuah buku yang bertajuk 17 prinsip kejayaan yang situlis oleh Samuel A.Cypert. Buku ini sekali imbas, aku baca amat menarik. Hape lagi, aku pun tak buang masa terhegeh-hegeh kat situ aku, aku terus cekup dan pinjam. Hurm...
Nak dijadikan cerita, aku pun baca lah buku tu. Lip lap lip lap, humph..memang betui lar buku ni memang bagus eventhough aku sendiri pun masih tak habis baca lagi. Tapi overall buku ni meeeemang bagus. So..pada sape sapa yang teringin nak tahu kat sini aku cerita lar serba sedikit tentang buku ni.
Dalam buku ini memberitahu bahawa dalam kehidupan ni, ada 5 tunggak utama yang terdiri daripada 17 perkara. Berikut merupakan perkara berikut. Ops..ini dari sudut pandangan ahli psikologi ok. Bukan dari sudut pandangan Islam. Kalo dalam islam kita ada 2 rukun yang terdiri daripada 11 perkara utama. Okeh okeh, dah mula nak melalut dahni.
Ok sambung. 5 tunggak utama adalah seperti yang berikut :
- Prinsip yang berkaitan dengan sikap ; sikap mental, Kepastian Matlamat, Bekerja lebih daripada yang diperlukan, Belajar daripada Kekalahan.
- Prinsip yang berkaitan dengan keperibadian ; Inisiatif Peribadi (Proaktif - Melaksanakan sesuatu tanpa menunggu apa-apa), Antusiasme (macam inkuiri / ilham), Keperibadian yang menyenangkan, disiplin diri, menganggarkan waktu dan wang, Menjaga kesihatan mental dan fizikal.
- Prinsip berkaitan dengan persaudaraan; Penggabungan kekuatan sosial, Kerja berpasukan.
- Prinsip berkaitan dengan Intelek; Wawasan yang kreatif, Perhatian yang terkawal, Berfikir secara tepat.
- Prinsip berkaitan dengan Kerohanian; Penghayatan Iman (Penambahan - Rukun Iman dan Rukun Islam, Qoran 30 juzuk, Solat 5 Waktu.)
Soo..setakat ini ajela perkongsian aku untuk kali ini. Sekian.
Thursday, 27 October 2011
Yogi Bear dan Kaunselor!? Apakah..? hahaha..Jom Baca!!
Mesti korang nak tahu kan yogie tu aper??? Nah gambonyer!!
Hehe..sebelum tu, aku nak mintak kerjasama korang untuk cuba bayangkan Yogie Bear kat atas ni yang nyanyikan lagu ni. Dalam keadaan dia tersenyum camtu, dan gaya dia bercakap melayu. Hahahaha..confirm korang gelak. Rasenyer yogie bear yang kat ats ni bangsa mat saleh.. Kah kah kah..
Harap dapat bagi kerjasama yer.
Blog seorang kaunselor adalah blog yang penuh dengan emosi yang bermanafaat dan menggalakkan pertumbuhan!
Jom tengok lirik lagu Yogie!! Sebelum tu, nah contoh melodinyer..nak yang real punyer, tunggu aku habis buat program di SMK Raja Chulan nanti yerk!
Hurmm..sebelum tu bia aku merapu jap erk..hehe..
Sebenarnya, lagu yogie ni diadaptasikan daripada lagu pengakap ; kelana siswa. Hehe.. Aku gunakan method ni sebab dalam lagu, terkandung emosi yang mempengaruhi cara seseorang itu menilai dan melihat diri individu lain.. di samping membawa nilai kebersamaan bila masing-masing bertepuk tangan tanda penerimaan!
So, pk punyer pk punyer pk, YOGIE SONG!! hihik..
(Rangkap Pertama Diulang-Ulang setiap 1 rangkap )
Sapa Suroh Jadi Ahli Yogie
Kalo Tak Nak Baiki Diri Lagi
Lebih Baik Duduk Depan TV
Makan Ubi Sambil Tengok Movie
Yang Pertama Ada Papa Yogie
Comel dan sorang yang baik hati
Buat Kerja Dengan Hati-Hati
Kerja dengan sepenuh hati
Yang kedua ada mama yogie
Datang sini untuk memimpin
Orangnya ramping tak macam lempeng
Yang pasti cakap tak macam keleng
Seterusnya ada abg yogie
Muka garang sebab makan megi
Tapi sebenarnya gila baby
Datang sini nak hiburkan yogie
Yang ke-4 ada kok long yogie
Orangnya kurus dan kaki buli
Hati-hati oh para yogie
Buat songel nah makan kaki
Kak long yogie kakak kak ngah yogie
Yang bagi idea jadi yogie
Jadi kalau tak puas hati
Marilah sama-sama kita buli
Jom yogie kite kenal dengan fasi
Yang datang dari bermacam negeri
Datang sini dengan rela hati
Untuk bantu kami kawal yogie
NYANYI JANGAN TAK NYANYI. HAHAHA...
Ni lar dia nyer...tugas kaunselor..ape-ape pun yang kami buat, bina hubungan no 1 dalam setiap prosedur melainkan atas kes-kes yang tertentu.. Untuk makluman, abg yogie tu aku ler...hahahah..
K lah..panjang bebeno lak yerk post ni kali neh..Daaa!
K lah..panjang bebeno lak yerk post ni kali neh..Daaa!
Wednesday, 26 October 2011
Suka tengok ilkan-iklan petronas - Touching.. Muahaha..
Kali ni aku nak share ngan korang common thing..tapi meibi ada yang ambil berat tentang benda ni..especially kaunselor dan motivator-motivator, trainer dan coach dalam bidang pembangunan kemanusian..yelah..modal untuk bagi ceramah kan..haha... hurmm..tak banyak pun nak kongsi..just nak ajak tengok iklan petronas ni sama-sama...jom!?
Haha...kelakar betul lar iklan ni..menggamit memori..walaupun aku tak penah bawak lembu sekor untuk mak masa hari raya kan..ngeh3..Hurm..jom jom tengok lagi...
Touching touching...iklan ni betul-betul banyak bagi pengajaran untuk orang zaman sekarang..rumah orang tua..rumah kebajikan..sibuk banyak urusan..isteri tak suke..suami tak suka..komitmen tinggi..kos sara hidup meningkat...macam-macam..harap-harap keturunan aku tak lah macam ni..nauzubillah min zalik...
Jom tengok lagi~
Touching nyerrrr ya Allah aku tengok iklan ni..hurm...tch3.. ( bunyi macam cicak - hehe.. ) Hebat lar orang yang buat iklan ni..walaupun dia bukan dari kalangan kaunselor..tabik hormatttt~
Lagi lagi..jom tengok~ Kali ni slot kesedaran kendiri..hehe..Jom sama-sama menginsafi diri..
Ni lah yang paaaaaling taoching skali..nak meleleh jer ayak mate tengok..hurmm..walaupun muka ku macam kromok..tapi hati ku tak ubah seperti tomok..hahaha...
Ok semua..sehingga berjumpa lagi di lain waktu...Sekian...
Sunday, 23 October 2011
What happen to my Social Networking..!???
Hehe...tiba tiba lak boleh guna tajuk bi.. ^.^ sebelum aku nak buat post yang sepatutnya aku nak buat malam karang, sementara aku belum rase nak tertido dek rase penat ber-kem 3 hari 2 malam ni, kat sini aku saje je nak kongsi kat korang apa yang berlaku pada akaun sosial network aku dalam laman sesawang sosial yang paling terkenal kat dunia ni...laman yang menjadi medan berlakunya pelbagai perkara dalam kehidupan juataan manusia! Hihi..jom tengok what really happen bila aku tak online selama 2 hari 2 malam ni..hmmm...
Heheh..benda ni lar biasa kita tengok kan kalo kita dah laaaaama tak online...daripada dapatan 'kajian' yang kat atas ni..haha..mengkaji lar pulak~ ini bermaksud, rakyat Malaysia sangat aktif bermain Fb!! Tapi untuk ape erk? Who knows..ade pro and kontra nyer di situ..Jom tengok yang lain pulak...friendssss!
Belum pun sempat aku approve dah tulis dah post nie..hahaha..memang gila blog.. ni suma gara-gara 'ayahanda' penaksiran N konsultasi sekolah lar ni..minat lame aku makin menggila-gila!!
Finally, ni lar dia haaa...56 news yang aku tak follow up pun lagi masa tulis post neh..hahaha..k lar korang! Tunggu post baru aku buat malam ni ok..confirm besstttt punyer la!
O yeah.. (haha) sebelum tu...falsafah di sebalik post yang aku buat ni...walaupun nampak macam main-main dan tak berapa penting, tapi apa yang aku nak tekankan kat sini adalah, penggunaan teknologi dalam kehidupan dan profesion adalah sangat penting terutamanya untuk seorang kaunselor seperti aku ni..
Kalau dari sudut pandangan Teori Hierarki keperluan Maslow, rasenya kaedah menulis blog ni boleh tergolong dalam peringkat mencari penghargaan kendiri. Tahu kenapa? Sebab dengan blog, anda boleh mendapat ramaaai kawan, anda boleh dapat macam-macam feedback, dan anda dapat berkongsi apa sahaja buah fikiran yang tuhan berikan kepada anda, untuk dikongsikan bersama...Sekian...sehingga berjumpa lagi dalam post yang seterusnya! Aaashiteru~ Ass salammm..
Sedikit sebanyak mengenai Hierarki Keperluan Maslow - Hierarchy Needs
Nampak macam simple, tapi untuk makluman korang, aku gunakan teori ini sahaja untuk create module 3 hari 2 malam! Tak percaya? Tak mengapa..Sekian...
Thursday, 20 October 2011
Teknik Minda Separa Sedar - Sub Concious Mind
Hm..sebenarna aku pun terkejut bila tengok video ni kat you tube..haha..tak sangka pulak pensyarah yang ajar aku kat upsi ade upload video beliau tentang Sub Concious Mind - Minda Separa Sedar kat you tube! Hehe..
Jom kengkawan. Kite tengok sama-sama!
Best jer dengar background music! Mariler sama-sama kita try teknik yang beliau berikan.
Labels:
kaunseling,
latihan,
Minda Separa Sedar,
Motivasi,
motivasi diri,
NLP,
Psikologi,
Saranan Kendiri,
Sub Concious
Monday, 17 October 2011
Anda Gemuruh? Nah ubatnya - Surefire Techniques, Proven !
Bagaimana untuk menghilangkan rasa gemuruh? Perasaan gemuruh adalah perkara yang lazim terjadi kepada setiap orang apabila perasaan takut muncul. Perkara ini berlaku kerana kesan dari fisiologi badan yang bertindak secara otomatis sebagai tujuan keselamatan mandiri.
P/S : Sila hentikan background music Secret Garden - Tekan Pause / Stop.
Kemudian play video ini. Selamat membaca!
Kesannya adalah seperti berikut :
1. Kenaikan kadar glukosa dalam darah
2. Kenaikan kadar kortikostroid dan katekolamina dalam darah dan air kencing
3. Kenaikan kadar denyutan jantung
4. Kenaikan tekanan darah
5. Kekeringan pada bibir dan mulut
6. Pelebaran pupil
7. Kesukaran bernafas dan nafas turun naik dengan cepat.
8. Serangan sejuk dan panas
9. Rasa kaku dan kebas pada anggota badan
10. Peluh sejuk keluar daripada rongga kulit
Teknik untuk mengatasinya ialah dengan cara :-
1. Pernafasan - lakukan pernafasan sehingga 30 kali iaitu pastikan nafas yang disedut hingga ke pusat dan tahan selama 7 saat dan hembuskan kembali. Bagi memastikan nafas disedut dalam2, maka cuba gunakan tangan kanan pegang dibahagian dada dan tangan kiri di bahagian pusat. jika kedua2 tangan terasa bergerak ,maka anda telah berjaya melakukannya
2. Persediaan dan latihan amat diperlukan. Jika anda takut untuk berucap atau temuduga persediaan apa sahaja isi atau bahan berkenaan perlu dibuat. Selepas itu anda boleh berlatih seorang di hadapan cermin.
3. Pastikan anda tersenyum apabila berhadapan dengan penemuduga ataupun khalayak
4. Jangan terlalu memikirkan ( menggambarkan, memberi respons pada gambaran yang timbul dll.) mereka hanya memberikan tumpuan pada anda dan mengwujudkan sangkaan 2 negatif pada diri anda. Sebenarnya mereka lebih berminat supaya anda dapat sampaikan secara yang baik ikut kemampuan anda
5. Tanyakan apakah perkara yang paling buruk akan terjadi jika anda melakukan persembahan dan anda akan brsedia terima apa sahaja . Apa yang penting anda akan baiki dari masa ke semasa
6. Rasa gemuruh makin dilawan makin menjadi kesannya. Jadi anda perlu terima dalam keadaan tenang kerana ini cara badan anda untuk respon supaya anda dapat buat yang terbaik . Anggapkan rasa gemuruh sebagai 'kawan' dan bukanya lawan anda,. Dengan cara ini anda akan dapat mengawal perasaan tersebut dengan lebih mudah lagi.
7. Sematkan kata-kata positf dalam diri anda bahawa anda yakin anda pasti boleh melakukan. Lakukan berulang-ulang dengan penuh emosi dan percaya diri.
8. Hubungan mata sangat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tingkat keyakinan anda . Elakkan dari bercakap dengan keadaan yang menunduk dan juga tiada hubungan mata (eye contact)
9. Tumpukan pada isi yang hendak anda sampaikan dan bukannya menumpukan perasaan apa yang orang lain akan katakan pada anda. Jika tidak anda hanya akan wujudkan perasaan gelabah
10. Gambaran minda yang berulang-ulang perlu dilakukan supaya anda menyampaikan mesej kepada minda bawah sedar anda. Bayangkan anda dapat melakukan perkara yang anda takuti dengan jayanya. Anda dapat laksanakan secara hebat dan orang lain berasa kagum pada anda. Kesannya apabila anda melakukan pada masa sebenar, kesan secara otomatis akan berlaku tanpa anda sedar.Lakukan juga saranan auto pada diri anda berulang kali. Rasakan kehebatan itu dan lakukan anchoring - letakkan perasaan pada mana-mana bentuk / corak fizikal seperti petik jari , gengam tangan dan sebagainya bagi menandakan rasa hebat tersebut - NLP Techniques.
11. Teknik doa adalah paling berkesan seperti doa nabi Musa
Doa Nabi Musa AS
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; ( Surah Taha : 25 -27 )
Atau Ya Allah ilhamkan daku kecerdasan dan lindungilah aku dari sifat jahat nafsuku
12. Persedian mental ialah anda memang benar-benar seronok untuk melakukan perbuatan tersebut, jadi anda perlu sampaikan dengan rasa excited.
13. Katakan pada diri anda bahawa apa sahaja yang anda buat walaupun apa sahaja kesilapan anda sedia untuk menanggungnya atau reda terimanya. Cara ini menjadikan minda anda tidak tertekan dan rasa santai yang menyebabkan anda boleh melakukan dengan lebih baik dan lebih baik lagi.
14. Katakan berulang-ulang dengan diri saya suka jumpa dan bercakap dengan anda dan anda juga suka untuk berjumpa dan mendengar apa yang saya cakap.
Subscribe to:
Posts (Atom)