Mia Suke Blog Ni. Anda?

Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Sunday, 26 February 2012

5 Prinsip Utama untuk Bejaya dalam Kehidupan

Minggu lepas, aku ke perpustakaan Tunku Bainun Upsi. Saja jela kononnya untuk tengok2 amek mood untuk study semula di Upsi. Sambil aku berjalan, aku menjenguk ke bahagian kegemaran aku. Rak-rak buku yang dipenuhi dengan buku-buku psikologi dan kaunseling.

Lepaih aku berjalan ke hulur ke hilir, aku terpandang sebuah buku yang bertajuk 17 prinsip kejayaan yang situlis oleh Samuel A.Cypert. Buku ini sekali imbas, aku baca amat menarik. Hape lagi, aku pun tak buang masa terhegeh-hegeh kat situ aku, aku terus cekup dan pinjam. Hurm...



Nak dijadikan cerita, aku pun baca lah buku tu. Lip lap lip lap, humph..memang betui lar buku ni memang bagus eventhough aku sendiri pun masih tak habis baca lagi. Tapi overall  buku ni meeeemang bagus. So..pada sape sapa yang teringin nak tahu kat sini aku cerita lar serba sedikit tentang buku ni.

Dalam buku ini memberitahu bahawa dalam kehidupan ni, ada 5 tunggak utama yang terdiri daripada 17 perkara. Berikut merupakan perkara  berikut. Ops..ini dari sudut pandangan ahli psikologi ok. Bukan dari sudut pandangan Islam. Kalo dalam islam kita ada 2 rukun yang terdiri daripada 11 perkara utama. Okeh okeh, dah mula nak melalut dahni.

Ok sambung. 5 tunggak utama adalah seperti yang berikut :

  1. Prinsip yang berkaitan dengan sikap ; sikap mental, Kepastian Matlamat, Bekerja lebih daripada yang diperlukan, Belajar daripada Kekalahan.
  2. Prinsip yang berkaitan dengan keperibadian ; Inisiatif Peribadi (Proaktif - Melaksanakan sesuatu tanpa menunggu apa-apa), Antusiasme (macam inkuiri / ilham), Keperibadian yang menyenangkan, disiplin diri, menganggarkan waktu dan wang, Menjaga kesihatan mental dan fizikal.
  3. Prinsip berkaitan dengan persaudaraan; Penggabungan kekuatan sosial, Kerja berpasukan.
  4. Prinsip berkaitan dengan Intelek; Wawasan yang kreatif, Perhatian yang terkawal, Berfikir secara tepat.
  5. Prinsip berkaitan dengan Kerohanian; Penghayatan Iman (Penambahan - Rukun Iman dan Rukun Islam, Qoran 30 juzuk, Solat 5 Waktu.)


Soo..setakat ini ajela perkongsian aku untuk kali ini. Sekian. 

Thursday, 20 October 2011

Destinasi 3 hari 2 malam - Mengutip Pengalaman Di Chenderiang

Hmm....nak bagi tahu pada semua follower blog saya.. takde maklumat baru akan dibuat untuk sabtu dan ahad..sebab ada kem perkhemahan kelana siswa.. :'( sedihnya...baaaaanyak sangat kerja nak kena buat!! Tiap-tiap minggu ada kem.. (sigh..) Well, i take it positive! Memang mencabar. Muahahaah...


Lokasi perkhemahan saya minggu ini, Chenderiang, Perak. Penah dengar? Bagus..saya pasti anda meeeemang tak pengah dengar pun nama tempat ni kan..? kan kan kan? tahniah :-P huhu..

Jom!? kita buat lawatan maya sekejap..tengok kat peta dulu..dari Tg. Malim ke Chenderiang, Perak.


Kalo ikutkan goole map ni..berdasarkan suggested road yang diberi lar...


Hmm...agak lama jugak tu..bertolak jam 7.30 petang..agak-agak sampai pukul berapa erk? Watever..yang penting selamat sampai pergi dan balik! Doakan saya yer!

Jam kita tengok contoh waterfall yang ade kat Chenderiang.. macamla dapat mandi waterfall - bwaahaha!


Macam best jer! Tapi confirm lar takde g Waterfalll ! Ngeh3..

Saya harap perkhemahan kelana kali ni dapat memberikan 1001 pengalaman baru pada saya! 

Ok guys and gurls sumer...ashiteru~ sehingga berjumpa lagi..As salammmm........




Tuesday, 11 October 2011

Kronologi Pengalamanku sebagai Kelana Siswa

As salam semuaaa!! Ape kabar..macam mana keadaan..i hope everythin' was in an excellent condition! Hmm..agak lama aku menyepikan diri! Sibuk yang amat,sampai tak sempat-sempat nk update blog ni..Ape pown, hari ni aku nk share sesuatu ngan korang semua..


Pengalaman yang aku dapat kutip selama 3 hari 2 malam di Templar Park masa aku mengikuti Kursus Manik Kayu 1 anjuran Kelana Siswa, UPSI.Hmm.. macam-macam benda yang aku belajar masa kursus ni..Bermula daripada teori sammmmpailah ke praktikal..saksikan dan alamilah bersama pengalaman yang menarik ni!!

Ni saat baru nak bertolak ke Templar Park Camp!


Ramai kan aweks-aweks cun yang join kem. Hehe..ok, pic seterusnya pulak pic aku sebelum bertolak..sesi mengisi perut sepenuh-penuhnya sebelum mengalami penderitaan sementara berada di kem dengan keadaan makanan yang hanya sekadar mencukupi sahaja. Hehe..


Hari pertama waktu di tempat kejadian..sesampainya kami di Templar Park Camp, kami terus dibawa ke dewan untuk mendengar taklimat dan melalui module yang pertama Kursus Manik Kayu 1 ! P/S : Kami join batch ke - 2 yang bertolak jam 7 petang atas sebab ade kuliah waktu petang.


Tengok tu, kononya bagi perhatian penuhlah masa ceramah. Haha..tapi memang pun :D Seterusnya, bergambar kenangan bersama teman rapat aku. Seriously, aku kagum dengan semangat beliau! Walaupun baru melalui pembedahan selama 2 minggu, beliau tetap memberanikan diri menyertai kursus ni! Lihat kaki kiri beliau.Terbaik lah Radzi! a.k.a dugong..muahahaha..


Kau memang hebatlah Radzi! OK, yang ni pulak, suasana dan susunan khemah yang kami dah buat..gambar ni diambil pada pagi pertama ketika KMK 1 ni berlangsung.




Kemas dan tersusun. Sejuk mata memandang! Tapi kesian pada bahu yang menyandang. Haha..Hmm..macam tu lah keadaanyer..pada korang yang tak pernah mengikuti mana-mane kursus yang melibatkan perkhemahan, rasenya elok korang join mane-mane kursus yang ade! Walaupun agak terseksa, tapi best! Banyak pengalaman, ilmu dan kemahiran yang boleh dipelajari dan diaplikasikan. Hehe..

Owrite~ now let's move to the real situation..where.all of us..doin' some survival activities! Lets go!!


Tengok tu, tak penah-penah masak di rumah kene tiup api, tapi bila kat dalam kem, tiup~ haha..tiup jangan tak tiup..tiuplah sampai lebam. Hahahahah..

Ha! yang ni pulak pemandangan indah 'dapur rumah' sementara one of the patrol (kumpulan) yang ada masa KMK 1.


Heheh..cantik tak dapur dorang tu!? Next, here it comes~ barisan kaunselor-kaunselor muda UPSI batch Catalyst!


Dari kiri, Kiki, Kelly, Nana dan Zifa..


Hmm..banyak lagi yang aku nak share sebenarnya. Tapi memandangkan post ni dah panjang berjela..so, aku tinggalkan link jelah untuk korang tengok gambar-gambar dan video rakaman yang ada. Klik sini untuk melihat gambar. Sekian..semuga berjumpa lagi! Follow blog ni kalo korang rasa pengisiannya bermakna dan menarik ok! As Salam..and..ashiteru!