Lepaih aku berjalan ke hulur ke hilir, aku terpandang sebuah buku yang bertajuk 17 prinsip kejayaan yang situlis oleh Samuel A.Cypert. Buku ini sekali imbas, aku baca amat menarik. Hape lagi, aku pun tak buang masa terhegeh-hegeh kat situ aku, aku terus cekup dan pinjam. Hurm...
Nak dijadikan cerita, aku pun baca lah buku tu. Lip lap lip lap, humph..memang betui lar buku ni memang bagus eventhough aku sendiri pun masih tak habis baca lagi. Tapi overall buku ni meeeemang bagus. So..pada sape sapa yang teringin nak tahu kat sini aku cerita lar serba sedikit tentang buku ni.
Dalam buku ini memberitahu bahawa dalam kehidupan ni, ada 5 tunggak utama yang terdiri daripada 17 perkara. Berikut merupakan perkara berikut. Ops..ini dari sudut pandangan ahli psikologi ok. Bukan dari sudut pandangan Islam. Kalo dalam islam kita ada 2 rukun yang terdiri daripada 11 perkara utama. Okeh okeh, dah mula nak melalut dahni.
Ok sambung. 5 tunggak utama adalah seperti yang berikut :
- Prinsip yang berkaitan dengan sikap ; sikap mental, Kepastian Matlamat, Bekerja lebih daripada yang diperlukan, Belajar daripada Kekalahan.
- Prinsip yang berkaitan dengan keperibadian ; Inisiatif Peribadi (Proaktif - Melaksanakan sesuatu tanpa menunggu apa-apa), Antusiasme (macam inkuiri / ilham), Keperibadian yang menyenangkan, disiplin diri, menganggarkan waktu dan wang, Menjaga kesihatan mental dan fizikal.
- Prinsip berkaitan dengan persaudaraan; Penggabungan kekuatan sosial, Kerja berpasukan.
- Prinsip berkaitan dengan Intelek; Wawasan yang kreatif, Perhatian yang terkawal, Berfikir secara tepat.
- Prinsip berkaitan dengan Kerohanian; Penghayatan Iman (Penambahan - Rukun Iman dan Rukun Islam, Qoran 30 juzuk, Solat 5 Waktu.)
Soo..setakat ini ajela perkongsian aku untuk kali ini. Sekian.
No comments:
Post a Comment