Mia Suke Blog Ni. Anda?

Sunday, 16 December 2012

Pentafsiran Hari Bulan 1 hingga 31 hari bulan



P/S : Berikut merupakan contoh pentafsiran berdasarkan hari bulan kelahiran seseorang sahaja. Bermula daripada 1 hb hingga 31 hari bulan mempunyai tafsirannya yang tersendiri.

1 – KESEORANGAN, KEBEBASAN, PENCAPAIAN. (1, 10, 19, 28)


1 Hari Bulan
(Penekanan kepada no. 1 sahaja. Bukan  untuk tenaga yang terdapat dengan nombor-nombor lain)


·         Sikap berdikari
·         Berkebolehan Eksekutif
·         Bercita-cita tinggi, positif, progresif.
·         Yakin pada diri sendiri
·         Banyak keazaman
·         Berpotensi untuk mencapai dan mendapat ganjaran kewangan
·         Minda yang bagus
·         Praktikal dan rasional
·         Selalu gunakan pendekatan praktikal
·         Sensitif. Jarang tunjukkan perasaan
·         Lebih baik dala mmemulakan berbanding meneruskan sesuatu sedia ada
·         Lebih baik dengan butiran dan broad strokes


Terdapat banyak lagi tafsiran dan penganalisisan yang ada dalam kaedah Psiko-Numerologi ini. 

Kaedah ini merupakan kaedah yang PERTAMA DI DUNIA yang mengintegrasikan fahaman numerology iaitu sains metafizik dan fahaman kaunseling dan psikologi. AWAS, anda bakal terdedah kepada teknik TERHEBAT di abad ini!

Kaedah Psiko-Numerologi ini telah melalui 95% pembaharuan dan penambahbaikan dengan integrasi pelbagai teori yang bertaraf dunia seperti teori CTRT - Choice Theory Reality Theraphy, Teori Kerjaya Holland - RIASEK, dan 15 personaliti Sidek Noah yang telah disesuaikan dan digabungkan dalam kaedah ini.

Pelbagai jenis manfaat yang boleh anda perolehi melalui modul ini seperti :

  Melakukan perubahan kendiri.
 Meningkatkan produktiviti diri dalam pelbagai konteks.
 Memperbaiki semula perhubungan yang rapuh.
Melakukan anjakan paradigm ke arah keberkesanan yang optimum.
 Membentuk semula jati diri.
 Meningkatkan kepercayaan kendiri.
Memperbaiki taraf kehidupan keluaga dan rumah tangga.
Meningkatkan kredibiliti diri dalam urusan perniagaan.
Meningkatkan kebolehan untuk menyumbang dalam komuniti kecil dan besar.
Meningkatkan tahap kesihatan mental dengan menanamkan kepercayaan kendiri yang positif.
Mewujudkan perhubungan yang dinamik dan positif serta mendatangkan hasil yang diidam-idamkan.
Memperbaiki tahap komunikasi dalam setiap lapangan perhubungan.
Meningkatkan keupayaan tubuh badan supaya sihat dan cergas dengan mengetahui sikap kendiri 


Berikut pula merupakan jadual ringkasan salah satu daripada kod yang terdapat dalam kaedah ini.






Psiko- Numerologi ; Suatu anjakan ilmu dalam membitarakan insan



Bismillah, assalamualaikum dan salam sejahtera. (Menggeliat habis habisan...). Fuhh..lega. Lameeeeeeee tak menulis di blog sendiri. Maaf, sibuk berpraktikum dan membuat thesis. Apa pun, perjuangan bagi menulis di blog ini akan saya teruskan apabila masa mengizinkan.

Setakat ini, saya cuma ingin membuat pengumuman bahawa saya bakal melancarkan modul baru, Modul Psiko-Numerologi yang saya gelarkan sebagai kit kaunselor bagi membantu ramai kaunselor muda dan kaunselor senior di sekolah dalam pelbagai konteks.

Psiko-Numerologi merupakan suatu kesinambungan daripada kaedah numerologi (tarikh lahir) yang telah mengalami pembaharuan dan penambahbaikan hampir 95%! Kaedah pentafsiran yang lebih menyeluruh yang melihat kepada pemikiran, perasaan, tingakhlaku, dan gaya perhubungan.Anda boleh mengenali klien atau orang lain dalam masa yang amat singkat berbekal kan teknik dan kaedah psiko-numerologi ini. Nah, jangan lepaskan peluang untuk menghadiri training dan membeli modul panduan perlaksanaan Modul Psiko-Numerologi ini.

Setelah menjadikan pembikinan Modul Psiko-Numerologi sebagai thesis saya, saya telah berjaya menghasilkan penulisan modul yang lengkap bagi kaedah psiko-numerologi ini. Nantikan kemunculan buku panduan modul psiko-numerologi di pasaran!

Berikut merupakan antara perkara yang terdapat di dalam psiko-numerologi :
  1. Pentafsiran Personaliti
  2. Perntafsiran Pemikiran
  3. Pentafsiran Perasaan
  4. Pentafsiran Tingkah laku
  5. Pentafsiran Gaya perhubungan
  6. Cadangan Positif
  7. Pandangan CTRT - Choice Theory Reality Theraphy terhadap individu yang memiliki kod tertentu
  8. Gaya bercinta - 6 pattern of love dalam kod kod rahsia
  9. 4 personaliti - sanguin, melankolik, koleris, dan plegmatis
  10. 15 personaliti Sidek Noah yang telah digabungkan dengan kaedah ini 
  11. dannnnn banyak lagiiiii!

Daripada kaedah psiko-numerologi ini, anda boleh melakukan perkara yang berikut :
  • mengenalpasti kecenderungan personaliti (personality pattern)
  • mengenalpasti corak pemikiran sendiri dan orang lain (thought pattern)
  • mengenalpasti gaya berperasaan dan kecenderungan berperasaan (emotional pattern)
  • mengenalpasti kecenderungan tingkahlaku seseorang dan diri sendiri (behaviour pattern)
  • mengenalpasti gaya bercinta (Love pattern)
  • mengenalpasti gaya belajar dan kecenderungan ketika belajar (Learning Pattern)
  • memperbaiki kelemahan diri
  • mengenalpasti potensi dan kewibawaan diri
  • dan berbagai-bagai lagi! 

NANTIKAN KEMUNCULAN MODUL PSIKO-NUMEROLOGI DI PASARAN!!!
(Due date mungkin lagi 6 bulan daripada sekarang bakal diterbitkan daripada penerbit UPSI)

Modul ini boleh digunakan dalam konteks yang berikut :

  • Kem / Bengkel Kepimpinan Kendiri  (Leadership)
  • Kem atau bengkel Pembinaan Jati diri (Self Esteem)
  • Pengenalpastian Kerektor dan Personaliti Diri (Personality)
  • Motivasi dan seangkatan dengannya (Motivation)
  • Team Building 
  • Gaya bercinta (Love Pattern)
  • Gaya berkomunikasi (Communication Pattern)
  • Kekeluargaan dan Pembinaan Rumah Tangga Bahagia (Family)
  • Kem atau Bengkel Gaya Belajar (Learning Pattern - NLP approach)
  • Modul ini juga sangat sesuai diaplikasikan oleh usahawan dan warga yang bekerja dengan bank seperti ejen insurans dan unit trust. (Mudah mengenali pattern emosi, pemikiran dan tingkahlaku klien).
  • Perniagaan dan Jualan Langsung. (Business)

NANTIKAN KEMUNCULAN MODUL PSIKO-NUMEROLOGI DI PASARAN!!!
(Due date mungkin lagi 6 bulan daripada sekarang bakal diterbitkan daripada penerbit UPSI)

Salam persahabatan dan salam  mahu jaya dari saya, Razin Rahman.
Bakal Kaunselor dan Founder of  Psiko - Numerologi

Friday, 20 April 2012

Kemahiran Belajar 5 Domain







Berikut merupakan promosi kemahiran belajar yang ditawarkan oleh pensyarah yan gmengajar saya di UPSI iaitu En. Abd. Aziz Mohd Yatim.

Klik sini untuk ke website Kemahiran Belajar 5 Domain.


Thursday, 19 April 2012

Pengurusan Stress


Hurm..dah lama tak update page depan blog neyh. Sayangnya tak ramai yang alert pada perkembangan blog di bahagian yang lain. Saya harap para pembaca blog saya tetap mengikuti perkembangan blog saya.

Kali ni saya nak membincangkan mengenai stress. Pernah stress?? Tipu lah kalo tuan puan kata tak pernah stress. Stress pada satu sudut pandangan merupakan perkara yang MAHU dielakkan oleh SEMUA ORANG namun pada hakikatnya ianya merupakan satu NIKMAT apabila kita berjaya menukarkan tenaga stress tersebut ke arah yang positif!

Nah ini caranya unutk menangani stress!

Stress merupakan gejala keseimbangan diri terhadap perubahan sama ada dari luar mahupun dari dalam diri sendiri. Jika seseorang berada dalam keadaan stress, maka keseluruhan pola hidup dan kesihatannya juga terganggu sehingga produktiviti kerjanya menurun. Kenali cara bagaimana untuk menangani stress.


1. Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga, raka, pasangan atau kaunselor. 

2. Sembahyang serta mengingati Tuhan dan menyerahkan segala usaha kepada-Nya. 

3. Lakukan ‘mental-excercise’. Biarkan otot-otot berehat, atur nafas dan bayangkan perkara-perkara yang sejuk dan menyamankan. Lakukan selama 20 minit, ia berupaya juga mengurangkan sakit kepala, tekanan darah tinggi dan kesukaran tidur. 

4. Doa merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menghilangkan stress. Pengucapan doa penuh ikhlas dan pasrah akhirnya menimbulkan kedamaian dan ketenteraman. 

5. Mengubah susun atur alatan atau perabot di rumah. Lakukan bersama keluarga untuk mendapatkan suasana persekitaran baru. 

6. Membentuk pengurusan masa yang baik. 

7. Menerima stress sebagai sebahagian daripada hidup. Stress adalah keperluan dalam kehidupan untuk kita bergerak ke hadapan serta untuk meningkatkan kualiti kehidupan. 

8. Bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Pilihlah orang yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah yang menyebabkan tekanan kepada kamu. 

9. Terima kelebihan dan kekurangan diri sendiri. 

10. Jangan terlalu memikirkan kritikan yang diterima. Anggaplah kritikan sesuatu yang membina. Jika kritikan itu keterlaluan, ajaklah berbincang dengan cara baik. 

11. Lakukan perubahan yang baik terhadap diri kamu. Bersedialah utnutk menerima saranan daripada orang lain dan belajar untuk berkompromi. 

12. Jaga hubungan baik dengan orang lain. Hubungan yang baik menjamin kehidupan bahagia. 

13. Ketawa dan berseronoklah. Ketawa adalah respon psikologi terhadap humor, jadi lakukan humor untuk mengawal situasi yang tegang. 

14. Bergaul dengan orang positif kerana ia membuatkan kita berasa turut positif dan selesa.


Thursday, 22 March 2012

Motivasi Hari Jumaat

Dalam hidup ini, ramai orang mencari ilmu dan pengetahuan.

Tapi sebenarnya ramai orang yang lupa untuk mengamalkan

apa yang telah mereka ketahui. Ingatlah, sesungguhnya ilmu

dan kemahiran itu hanyalah seumpama bateri, tindakan adalah

kuasa yang mencetuskan hasil!