Mia Suke Blog Ni. Anda?

Showing posts with label ibu. Show all posts
Showing posts with label ibu. Show all posts

Saturday, 15 October 2011

Sebaik - baik umat kata Tuhan yang ditangannya pemerintahan langit dan bumi

 SILA PLAY LAGU INI SEBELUM ANDA MENERUSKAN PEMBACAAN SUPAYA ADA KESAN EMOSI - PENTING. TERIMA KASIH.




Hari ni, dalam keadaan yang terkejar-kejar sebab tak cukup masa ni, aku lari balik ke rumah ( 10 km perjalanan - hujan renyai-renyai dengan motor ; aku redah ) hanya semata-mata nak share berita ni. Sebab pada aku , inilah saat bermulanya sebuah perjalan insan yang melalui pelbagai situasi dan keadaan bagi mencari kejayaan dunia dan akhirat. Kejayaan dan kegagalan serta kejayaan mengatasi kegagalan yang bakal berlaku dalam kehidupan insan kecil yang mulia ni..Aleesya Qistina - ini ibunya dan ini ayahnya. Tahniah pada ibu beliau kerana melahirkan beliau, walaupun melalui operations. 

Jom kita tengok dulu baby nyer.. Ni lah..merah lagi.,.baru jer keluar dari bilik pembedahan..


Ini lah waktu di mana saat manusia itu paling suci, murni dan mulia. Saat nafasnya melaksanakan tugas sehingga masa yang ditetapkan. Nyawa yang dipertanggungjawabkan dengan seribu satu amanah. Agar menjadi kholifah yang mengesakan Dzat Wajibal Wujud - yang senantiasa meliputi dirinya, waemah dalam keadaan ini sekalipun. Kerna nyawa itu milik DIA. Selamat datang ke dunia insani Aleesya! Pok cik tunmpang gembira walaupun Aleesya masih belum cukup bulan mengjengah ke dunia nyata ni.

Tuan-tuan..saudara saudari..dan kawan-kawan semua..ayuh, kite renungkan sejenak..saat kita dilahirkan..oleh ibu yang mengendongkan kita selama 9 bulan 9 hari. Sebelum ibu di sahkan mengendongkan kita, kita masih lagi berada dalam fasa cinta dan kasih sayang di antara 2 jiwa yang luhur - melalui ikatan suci yang sah.

Ingat ! Usul kita dari kasih sayang. Bismillahir Rohmanir Rohim.
Dengan Dzat, Sifal, Afaal, dan Asma Alloh yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Kata si Dzat dalam Qoran, 'Aku meletakkan kasih sayang ke atas dirinku'. Sedangkan Dzat memakai sifat kasih sayang, apatah lagi kita? Sebab itu aku berpegang dengan konsep, uncontidional love. Aku sayang kau sebab aku nak sayang kau - Cinta Tanpa Syarat. Aku terima kau seadanya sayang. Selamat datang ke dunia ini!

MARI KITA BERSAMA-SAMA IMBAS KEMBALI

Aku mulakan dengan ummul kitab Al-Fatehah ke hadrat diriku sendiri ( tujukan pada diri sendiri). Bismillahirrohmanirrohim. Amma Ba'du. Tuan-tuan, saudara-saudari, dan rakan-rakan yang aku hormati dan kasehi. Sebelum seorang insan tu nyata di alam insan ini, ia menempuh 6 alam yang lain. Alam tersebut adalah sebagaimana yang disenaraikan di bawah ini..

  • Alam Lahut ( Ahdah )
  • Alam Jabarut ( Wahdah )
  • Alam Malakut ( Wahdiah )
  • Alam Ruh ( Penyaksian Ruh )
  • Alam Mithal - Alam Ayah
  • Alam Ajsan - Alam Mak
  • Alam Insan - Dunia Nyata

Inilah alam-alam yang dilalui oleh Aleesya sebelum beliau menjengah dunia nyata dan sebelum beliau mendengar iqomat dari seorang laki-laki yang bergelar ayah - Iwan Hamdan. Tahniah bro. Aku tumpang gembira.

Pada Alam Lahut - Alam Dzat Wajibal Ujud ; ' ..yang ada hanyalah AKU ' kata Dzat. Alam yang paling hening, dan suci. Alam rahsia di atas segala sesuatu yang rahsia. Alam yang ghoib daripada segala sesuatu yang ghoib dan nyata. Diri Aleesya bermula dari sini - masih tak nyata lagi sebab ghoib dalam segala sesuatu.

Kemudian berpindah pula ke alam Jabarut dan Malakut. Alam persinggahan sementara bagi menuju kepada proses untuk menyatakan dirinya ke alam insaniah. ( Maaf, penceritaan bahagian ini perlu berjumpa dengan saya secara berdepan - bimbang salah faham ). 

Setelah melalui 3 alam yang utama ni, maka Aleesya berada pada Alam Ruh. Di mana dirinya menyaksikan bahawa Alloh itu Dzat tuhan sekalian alam. Miliknya apa yang ade di langit dan di bumi. Miliknya pemerintahan langit dan bumi - kabir dan saghir.

Akhirnya Alam Mithal dan Alam Ajsan di mana alam di dalam diri mak dan ayahnya..sebab tu kata orang tua-tua, macam mana perangai mak ayah, macam tu lah perangai anak. Sebenarnya di sini sudahpun bermula didikan ayah dan mak pada kita! Mengikut satu riwayat, seorang ulamak ditanya bagaimana beliau mendidik anak. Jawabnya, aku mendidik anak aku 40 tahun sebelum dia dilahirkan. Nampak? Saya harap anda faham maksud saya.

Kalau padi yang ditanam, padilah hasilnya. Kalau ciku yang ditanam, cikulah hasilnya. 

Setelah ayah dan ibunya Aleesya melalui pelbagai cabaran, harungan dan pahit getir kehidupan sehingga mereka bertemu dan membina ikatan, maka setelah bekerja lahirnya insan yang bergelar Aleesya Qistina. Selamat datang sekali lagi pok cik ucapkan untuk Aleesya!





Kawan kawan maaf, ini sahaja hurainnya buat masa ini,
oleh sebab aku kesuntukan masa, diharap sabar tunggu huraian seterusnya nanti! 
Sehingga berjumpa lagi! Sekian...

Thursday, 6 October 2011

Selamat Berkenalan - Ku hulurkan tangan berjabat mesra tanda sedia menerima seadanya!

As Salam dan hai semua...hari ni tiba-tiba jer aku rasa nak buat blog baru..eventhough sebelum ni dah ada 5 blog..tapi yang ni special sket..nak tahu kenapa? mesti nk tahu kan..xpe xpe..sabar sabar..anda akan dapat jawapannya nanti..hehe..

Owrite~ aku rase elok ler aku kenalkan diri aku dulu k.. ^.^ aku ni sekampung dengan Hang Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu..ala..dorang tu suma datuk nenek moyang aku jer.. :P macam aku, aku lahir kat spital jer tak macam dorang..Hospital Besar Melaka..anak yang ke 3 daripada 5 orang adik beradik..razin nama yang mak aku beri...Mak aku seorang guru..namanyer Cekgu Zubaidah..and~ ayah aku lak..Pak Din orang panggil...nama penuh Zainuddin bin Talib..

Hmm...banyak sebenarnya yang aku nak cerita..tp takpe..bagi memeriahkan lagi post pertama aku ni..apa kata..korang lihat aku dan keluarga aku dulu.. :)

Tadaaa!!!

This is my beloved mom, women that i owe my life, and love so much!



Sweet kan? Ce teka brape umo mak aku..hehe..sape dapat teka..jeng3...aku bagi gula-gula! :D

Here comes my father...insan yang paling aku hormati..insan yang selalu membimbing aku tentang hal ehwal ketuhanan dan arti hidup sebagai manusia, anak, adik, abang dll..Pak Din..


Sweet kan?? hehe...i wish someday i'll take the same pic with ma wife! huhu..

Dan akhir sekali..insan yang paling aku sayangi..dan hargai..sebab beliau lah yang banyak mendidik dan membesarkan aku masa aku kecil...


Ni lah salah sorang awek(s) aku bila aku balik bercuti..confirm aku singgah rumah dia dulu..Chiet..mula lar pk bukan-bukan..mentang mentang lar ade 's' kat word awek tu..haha..sory lar pic blur..

Last but not least..ma proud family!!


Ni lah family aku.. ^.^ selamat berkenalan semua..aku yang paling tepi sekali..kanan..

Ok..kengkawan dan semua visitors yang datang..ni lar serba sedikit tentang diri aku..aku harap, post aku yang pertama ni dapat mengujudkan ukhuwah dan tali kasih sayang persahabatan antara kita..

Semoga korang selalu melawat blog ini..kerana pengisian-pengisian seterusnya pasti mencuit hati dan tumpuan korang! Tunggu post yang seterusnya ok!? Chowz...Assalamualeykom ! and...of corse sejahtera semua....ashiteru..

Sedikit motivasi berunsurkan ketuhanan ;) khas untukmu yang melewati 'belog' ku ini..hehe..jom kite karok bersama! oleh..MaheRazin! heheh..




Ok guys and gurl, untuk post pertama ni cukup sampai sini sahaja. Oye, sebelum terlupa, kalau you all perhatikan, di sepanjang penulisan post aku, ade certain certain words yang dah diletakkan link ke link yang tertentu yang berwarna oren. Gunakan link tersebut dengan baik yer. Most important thing of all, dont forget to come here back! haha..sebab page ni akan bertukar pada link tu, dan blog aku akan tertinggal ke belakang.. ok semuga berjumpa lagi!