Mia Suke Blog Ni. Anda?

Thursday, 6 October 2011

Jemputan dan Pelawaan daripada 'Engineer' Melaka

Hari ni, aku nak share something ngan korang semua..pasal program aku di UTEM melaka hari tu. Program ni sebenarnya request daripada pihak PRS UTEM sendiri kepada UPSI. Main theme kami 'Pemantapan Hala Tuju PRS UTEM dan PEMADAM UPSI '. Kami panggil program ni, UPSTEM. Hmm..dengaq tajuk pun dah ketaq dah kaki ni sebenarnya. Tapi ape kan daye..disebabkan aku ni president PEMADAM UPSI, buat muka selamba kodok jela. Kononnyer familiar dahla dengan benda-benda camni. Wal hal satu hape pun aku xde idea what actually this program were all about. Hahah..lawak lawak..

Ape pun, ape yang aku nak tekankan di sini, program anjuran UTEM ni, banyak memberikan impak kepada aku sebagai president PEMADAM. Banyak perkara-perkara baru yang aku belajar masa program ni berlangsung di UTEM.So, ape kate, korang tengok 'situasi' yang kami lalui sepanjang program berlangsung! Jommm!


Owrite~ tu nampak tak laki yang pakai jaket baju dalam wane hijau tu? Ha..tu lar president PRS UTEM.. Hensem orangnyer. Heheh..wokeh nexttttt!


Sebaik sahaja kitorang masuk dalam hall dorang, ape lagi, kitorang kene lalui LDK (Latihan dalam kumpulan - sejenis kelompok dalam kaunseling kelompok)dorang lar...haha..setiap orang kene buka kasut masing-masing. Kemudian buat bulatan besar lepas tu lagu dimainkan sambil kitorang pun berpusing - pusing. Seronok ! Haha..yang penting, LDK yang kami lalui ni meberikan gambaran pada aku tentang module ice - breaking (perkara wajib dilakukan dalam mana-mana program untuk bina kejelekitan). Gambar seterusnya...


Haa..tengok tu gelagat cekgu cekgu dari UPSI. Amboi amboi~ tekunnyer duk dengaq ceramah. Pahtu tanyer tak reti nak jawab. Haha..esspecially 'Cikgu Zaza'. haha..'Sila kenalkan diri anda dalam keadaan marah'. Bwahahhaa..lawak - lawak..


Tgk la tu..emh3..bukan main mesra lagi.siap tukar-tukar hadiah. Tak sangka lak S/U aku dapat hadiah daripada barisan fasi UTEM. Haha..actually, ni salah satu daripada slot yang kami lalui bersama. Buddy! Setiap daripada kami dikehendaki mencabut undi yang tertulis nama buddy masing-masing. Kemudian kami dikehendaki saling menukar hadiah kepada buddy masing-masing. Ni buddy saya Taty. Menarik kan aktiviti ni? :)


Ni pulak belakang tabir. Aktiviti yang dilakukan oleh fasi-fasi UTEM sementara berbincang mengenai kelancaran perjalan program yang dianjurkan ;)


Ni pulak waktu makan malam bersama pegawai daripada UTEM. Hmm..kenangan yang indah buat kami semua..Last but not least..perjumpaan pada hari terakhir.



Sebenarnya, masa ni aku tengah sibuk bincang dengan MT - MT PRS UTEM tentang program kerjasama UPSI dan UTEm = UPSTEM. Kami rancang nak buat HIMPUNAN PRS DAN PEMADAM MALAYSIA. Dengan UPSI sebagai tuan rumah. Namun ada perubahan berlaku.

Berikut adalah antara album kenang - kenangan yang sempat dirakamkan ketika pertemuan UPSTEM.

No comments:

Post a Comment