Mia Suke Blog Ni. Anda?

Sunday, 16 December 2012

Dalil Qoran - Membolehkan Psiko-Numerologi (Alat Ukur)

Bismillahirrahmanirrahim. Thanks to God. Assalamualaikum dan salam sejahtera.  =D


Entri saya kali ni bertujuan untuk mengemukakan beberapa dalil Qoran yang diperolehi hasil daripada semakan saya bagi melihat sama ada teknik psiko-numerologi yang menggunakan tarikh lahir sebagai data asasnya sah atau pun tidak dari segi hukum syarak.

Sukalah untuk saya maklumkan di sini, ada sesetengah pihak yang panas telinga dan menaburkan kata-kata kejian dan hinaan kepada sebarang kaedah yang menggunakan tarikh lahir. Mereka memberikan pelbagai alasan dan sebab. Bahkan ada yang menggunakan hadis.

Oleh itu, disebabkan hal ini, saya tergerak untuk berkongsi 6 dalil daripada Al-Qoran yang telah saya jumpai yang mengesahkan bahawa kaedah psiko-numerologi ini BOLEH digunakan sebagai satu alat ukur dalam melihat kecenderungan dan potensi corak pemikiran, corak perasaan, corak tingkahlaku dan corak personaliti bahkan corak bagaimana seseorang itu berhubungan dan berkomunikasi sesama manusia lain juga boleh diperhatikan. Hal ini berjaya dicapai SETELAH kajian demi kajian, dan proses menggabungjalinkan PELBAGAI TEORI dimasukkan dalam kaedah numeroloi asal (tarikh lahir Dr. Azizan Osman). Bukan secara membabi buta tanpa dalil yang kukuh dari segi intelek dan dalil qauli (Qoran).

Dalil yang pertama adalah dalam surah Al-Hijr dalam ayat yang ke-19 dan 21 yang bermaksud seperti berikut.

19. Dan Kami telah menghamparkan bumi dan menjadikan padanya gunung-gunung dan Kami tumbuhkan padanya segala sesuatu menurut ukuran.

21. Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami-lah khazanahnya; dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran yang tertentu.

Jika tuan puan perhatikan, dalam ayat tersebut, Tuhan telah menyatakan bahawa segalan khazanah termasuk ilmu pengetahuan berada di sisinya. Dan khazanah tersebut tidak akan diturunkan MELAINKAN dengan UKURAN yang TERTENTU. Tuhan menyebutkan tentang ukuran di sini. Secara logik, dalam psikologi, terdapat satu bidang yang dipanggil pengukuran dan penilaian bagi melihat kecenderungan dan potensi dalaman manusia. Dalam hal ini, saya telah menjadikan teknik numerologi sebagai satu alat ukur apabila saya berjaya menggabungjalinkan pelbagai teori dan konsep sebagaimana yang diterangkan. 

Jika tuan puan meliat pada ayat yang ke-19, Tuhan telah menyatakan apa itu UKURAN denga mengatakan tumbuhnya segala sesuatu itu dengan ukuran. Pada zaman dahulu kala, pada zaman awal islam, penemuan sel masih belum berlaku dan ukuran bagaimana tumbesaran itu berlaku tidak boleh diketahui. Namun pada zaman ini, ukuran tumbesaran itu boleh diperhatikan! Ianya tidak mustahil lagi. Begitu juga dengan personaliti, pemikiran dan perasaan serta tingkahlaku. Ianya BOLEH DIUKUR pada zaman ini. Inilah yang dimaksudkan 'ukuran' MENURUT TUHAN, bukan saya.

'Ukuran' itu sendiri boleh dikaitkan dengan NOMBOR. Bukankah begitu??? Untuk makluman tuan puan, keenam-enam dalil yang saya jumpai ini ada menyebutkan perkataan UKURAN. Apakah maksud tuhan di sini??? Renung-renungkanlah dan selamat beramal.

Dalil seterusnya adalah dalam surah Al-Mukminun ayat yang ke - 18 yang bermaksud seperti berikut.

18. Dan Kami turunkan air dari langit menurut suatu ukuran; lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi, dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa menghilangkannya.

Suka saya sentuh di sini bahawa, suatu ketika dahulu, weather forecasting atau ramalan kaji cuaca telah dilabelkan haram oleh pihak tertentu. Namun setelah memahami bagaimana forecasting tersebut diperolehi, maka sehingga ke hari ni, weather forecasting telah dibenarkan dan terbukti forecasting yang dilakukan lazimnya BETUL. Kenapa??? Kerana ukuran. Ianya boleh DIUKUR. Begitu juga personaliti, pemikiran, perasaan dan tingkahlaku manusia! Berfikiran terbukalah.

Dalil yang seterusnya, adalah dalam surah Al-Furqaan dalam ayat yang ke-2 seperti yang berikut.

2. yang kepunyaan-Nya-lah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak mempunyai anak, dan tidak ada sekutu bagiNya dalam kekuasaan(Nya), dan dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya

Dalam ayat ini, Allah menyatakan bahawa kepunyaan-Nya lah segala apa yang di langit dan di bumi. Dia yan gmenciptakan dan MENETAPKAN ukuran dengan serapi rapinya. Persoalannya di sini, bagaimana jika manusia diizinkan dan berjaya mengenalpasti ukuran ukuran tersebut? Bukankah ianya merupakan sedikit daripada khazanah ilmu pengetahuan dari-Nya yang menandakan kebesarannya???? Renung-renungkanlah wahai saudara saudari.

Dalil yang seterusnya adalah dalam surah Asy-Syuura, ayat yang ke 27 seperti yang tertera di bawah.

27. Dan jikalau Allah melapangkan rezki kepada hamba-hamba-Nya tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui (keadaan) hamba-hamba-Nya lagi Maha Melihat.

Dalam ayat ini, Allah menyatakan bahawa Dia lah yang menurunkan apa yang dikehendakinya dengan ukuran. Sekali lagi di sini, perkataan ukuran tersebut. Ukuran tersebut, jika diizinkan oleh Allah, tidak mustahil bagi manusia untuk mengetahuinya.

Dalil yang terakhir yang saya perolehi adalah dalam surah Al-Qomar ayat yang ke-49 berbunyi seperti berikut.

49. Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran. 

Contohnya, ukuran atom. Pada zaman dahulu kala, ianya adala mustahil. Namun pada zaman ini, ilmu mengenai atom dan zarah-zarah halus termasuklah sel-sel badan manusia sehingga ke peringkat DNA dan kromosom telah berjaya dikenalpasti. Bahkan ada teknik yang boleh melihat kecenderungan personaliti seseorang hanya daripada darah dan anak mata sahaja. Ini bukan syirik!!! Ini adalah khazanah ilmu ketuhanan yang diperolehi daripada kajian dan pemerhatian yang teliti - bukan membabi buta. Terimalah hakikat dan luaskanlah pemikiran. Renung-renungkan, dan selamat beramal.

Nah! Telah jelas di sini bahawa, kaedah psiko-numerologi merupakan satu alat ukur bagi melihat corak dan kecenderungan personaliti, pemikiran, gaya berperasaan, dan tingkahlaku serta gaya berhubung seseorang itu berdasarkan kajian dan penelitian serta panduan teori dan Al-Qoran.



No comments:

Post a Comment