Mia Suke Blog Ni. Anda?

Sunday, 16 December 2012

Penerangan terperinci - Personaliti, Pemikiran, Perasaan, Tingkahlaku dan Prospek Kerjaya serta Cadangan Penambahbaikan..


Huraian kod 729/279/257/752/527

Dari segi personaliti, anda dilihat sebagai seorang yang enterprising dan artistik jika mengikut pandangan RIASEC (Teori Personaliti Kerjaya Holland).  Sikap enterprising menandakan anda seorang yang sangat suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Anda mempunyai minat dalam mempengaruhi dan mengarah, memimpin serta menguruskan individu lain. Anda juga mahir dan pandai memanipulasikan orang lain. Berfikir tentang kewangan, materialistik dan keuntungan.

Selain itu anda juga merupakan seorang yang artistik. Hal ini menjadikan diri anda seorang yang bersifat creator dan inovatif. Anda mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam keadaan tiada kekangan dalam bentuk undang-undang, peraturan mahupun protokol. Anda tidak selesa dengan kerja yang mempunyai rutin dan berulang-ulang.

Selain itu sifat kemanusian dalam diri anda tinggi menjadikan anda seorang yang berpersonaliti sosial. Anda suka berhubungan dengan manusia. Anda berminat untuk memberitahu, menolong, melatih, memperkembangkan, mengubati dan membuat kebajikan kepada orang lain. Anda seorang yang bagus dalam perhubungan awam dan pandai serta petah dalam berkata-kata. Seorang yang bermulut manis dan pandai bermain dengan kata-kata. Hal ini menjadikan anda seorang yang sesuai untuk menjadi ejen jualan atau promoter.

Anda juga dilihat seorang yang bersifat pengasih penyayang dan mengambil berat terhadap orang yang anda sayangi. Selain itu, jiwa artistik anda menjadikan anda seorang yang emosional dan mempunyai hati dan jiwa yang halus serta mudah terguris. Dalam hati anda ada taman dan hati anda lembut bagaikan kapas. Andai juga seperti span yang boleh menyerap perasaan orang yang dalam rintihan permasalahn menjadikan anda secara tak langsung mempunyai kemahiran melayan orang yang tinggi dan hal ini menjadikan orang suka dengan anda.

Dalam konteks pemikiran pula, anda dilihat mempunyai kecenderungan untuk berfikir secara analitikal yakni berfikir secara kritis dan terperinci mengenai sesuatu perkara. Anda juga seorang yang kreatif berfikir disebabkan pengaruh sifat artistik yang menebal di dalam diri anda. Disebabkan hal ini, fikiran anda penuh intuisi dan mempunyai pelbagai idea yang abstrak dan unik. Anda juga seorang yang suka berangan dan mempunyai daya imaginasi tinggi yang kreatif yang digelarkan dengan istilah bahasa sebagai visualisasi kreatif. Hal ini terjadi dengan sendirinya secara semula jadi bukan disebabkan latihan sebagaimana sesetengah individu. Selain itu anda juga seorang yang berpandangan jauh. Namun kadang kala pemikiran anda tidak tetap kerana terlalu banyak perkara abstrak dalam kotak pemikiran anda menjadikan anda kadang kala pening dan serabut.

Pemikiran anda juga merupakan pemikiran yang sistematik yang teratur dari segi susunan item-item pemikiran anda. Namun begitu pemikiran anda mudah berubah-ubah disebabkan ilham dan intuisi yang banyak di dalam diri anda hasil daripada sifat artistik anda yang tinggi. Pemikiran anda juga bersifat investigatif di mana anda suka membuat pemerhatian, mempelajari perkara baru, menyelidiki sesuatu, menganalisis dan membanding beza, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan. Hal ini menjadikan anda mempunyai kemahiran saintifik (dalma konteks yang luas – sains sosial, sains perubatan dll) dan matematik serta anda mungkin meminati beberapa kerjaya yang berkaitan dengan sains termasuklah sains politik contohnya serta jerjaya yang bersifat teknikal. Anda seorang yang optimis dalam berfikir yakni berfikir kritikal secara habis habisan.

Dari segi gaya berperasaan, anda seorang yang penuh dengan kasih sayang dan seorang yang hangat. Jiwa anda lembut bagaikan kapas dan dalam hati anda ada taman bunga yang cantik dan berbau wangi. Anda sukakan ketenangan dan kedamaian. Anda tidak sukakan keadaan yang tegang dan haru biru. Namun begitu, anda seorang yang mudah tertekan disebabkan anda seorang yang emosional. Hal ini menyebabkan hati anda mudah terguris dan menjadikan diri anda seorang yang sensitif dan peka dengan persekitaran ; perubahan cuaca, perubahan sikap dan gaya layanan orang, dll.

Dalam aspek tingkahlaku pula, anda dilihat sebagai seorang yang pandai menilai kebaikan dan keburukan orang lain disebabkan oleh kemahiran dan kebolehan anda dalam memerhati yang tinggi. Anda kerap memerhatikan hal keadaan di sekeliling anda baik keadaan persekitaran mahupun keadaan orang lain. Anda mempunyai convinving power  yang tinggi. Yakni pandai mempengaruhi orang lain, pandai memujuk, pandai mengambil hati orang lain, dan pandai meyakinkan orang lain. Hal ini menjadikan anda seorang yang sesuai untuk menjadi seorang ahli perniagaan, atau jurual mahupun promoter. Atau anda juga boleh melibatkan diri dalam bidang pendidikan dalam konteks yang luas menjadi guru, pensyarah, penceramah bebas, karyawan, ahli sasterawan, ahli muzik, penyanyi dan lain lain lagi. Anda seorang yang pandai bermain kata-kata dan banyak berfalsafah. Anda juga seorang yang mempunyai daya tarikan tersendiri yang kuat sama ada dari segi fizikal mahupun bakat atau lain lain perkara unik yang membuatkan orang tertarik dengan anda. Anda juga kebiasaannya dilihat sebagai seorang yang menawan bagi wanita dan kacak bagi lelaki.

Dalam prospektus kerjaya, anda seorang yang bagus dalam pengurusan dan pentadbiran, bidang kemanusiaan, serta bagus melibatkan diri dalam perniagaan. Anda juga bagus dalam bidang pendidikan dalam konteks yang luas. Tidak sesuai melakukan kerja yang berat dan bercorak realistik. Walaupun anda seorang yang praktikal, namun kerja berat tidak sesuai untuk anda.  Untuk maklumat lanjut, sila rujuk RIASEC bagi personaliti SOSIAL, ARTISTIK dan ENTERPRISING.

Sebagai cadangan, gunakanlah convincing power anda dengan baik ke arah :

  •    Meyakinkan orang
  •   Memenangi hati orang lain
  •   Melariskan jualan
  •    Mempengaruhi orang
  •    Memujuk orang dll.

Lihat dan perhatikanlah gelagat orang di dalam bidang kesenian, pendidikan dan perniagaan dan contohilah mana-mana personaliti yang anda mahu kerana anda berpotensi untuk menjadi seperti mereka.

P/S : Terdapat lebih daripada 30 huraian dalam bentuk esei yang mentakrifkan mengenai personaliti, pemikiran, perasaan dan gaya bertingkahlaku seseorang dari segi kecenderungan dan potensi dirinya.




No comments:

Post a Comment