Nota dan Aktiviti Kendiri Psiko-Numerologi : Aplikasi Matriks Dalam Pembangunan Karakter
Dunia Kaunselor Muda
Suatu pendekatan interaktif bagi mendekati masyarakat sebagai kaunselor. Blog ini merupakan tempat simpanan ilmu pengetahuan dan pengalaman di sepanjang percubaan penulis blog untuk menjadi kaunselor. Topik yang diperbincangkan; NLP, Sub Concious Mind, Teori Kaunseling, Motivasi, Tarikh Lahir dan sebagainya. Blog ini turut merupakan diari, journal dan buku nota online bagi diri penulis blog.
Mia Suke Blog Ni. Anda?
Wednesday, 28 August 2013
Hai semua. Assalamualaikum dan salam muhibbah dari saya. Hurm..lame amat saya tak menulis di blog sendiri! Seolah rasa macam dipanah petir apabila teringat tentang blog ini. Qi qi qi. Fullstop.
Promosi Buku Manual Fasilitator dan Nota dan Aktiviti Kendiri Psiko-Numerologi.
Sekiranya berminat ingin memiliki sebuah buku ini sila sms ke 012-6765742, Razin Rahman.
Monday, 17 December 2012
Promosi Laporan Peribadi
Menurut kajian, orang yang tidak mengenali
kemampuan dan potensi dirinya TIDAK AKAN MAMPU UNTUK MENYERLAH DALAM
KEHIDUPANNYA. Begitu juga dengan perhubungan cinta..pasangan yang gagal
mengenali pasangannya dengan baik lazimnya perhubungan TERSEBUT MUDAH RAPUH DAN
RENGGANG kerana kekurangan keupayaan untuk menyesuaikan diri.Kepentingan mengenali pasangan
sama pentingnya dengan kepentingan kita mengenali diri kita sendiri.
“ Tidak berubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu merubah apa
yang ada pada dirinya ”.
Tahukah anda apa yang ada pada diri anda secara TERPERINCI dan JELAS?
Jika tidak, bagaimana anda mahu mengubah NASIB anda ke arah yang anda inginkan?
Renungkanlah..
Kebanyakan manusia pandai
menilai orang lain, namun, beranikah anda MENYAHUT cabaran saya untuk
menerima laporan yang menjadi sandaran penilaian anda tentang diri anda sendiri?
Ketepatannya..?? Tidak 100%. Tapi saya berani kata ianya
menjangkau sehingga 80-95% bahkan daripada pengalaman saya berhadapan dengan
beratus bahkan beribu kiraan dan interpretasi tarikh lahir, ada yang mengatakan
98%! Wawww!!! Saya sendiri terkebil kebil dan sukar untuk percaya.
Tapi, inilah REALITINYA. Hebat kan?
Usah memandang remah, usaha
untuk mengenali corak personaliti, perangai, pemikiran, perasaan, tingkahlaku
dan gaya anda berhubung dengan orang lain. Ianya merupakan suatu KUASA yang mempunyai MOMENTUM yang amat dahsyat yang mampu menolak anda
ke arah impian anda. Bertindaklah segera!
Setelah lebih 3 tahun saya mendalami dan memerhatikan kelemahan kaedah
asal Numerologi yang dipopularkan oleh Dr. Azizan Osman, kini saya tampil
dengan pendekatan tersendiri yang merupakan kesinambungan daripada kaedah
numerologi (tarikh lahir) yang saya gelarkan sebagai Psiko-Numerologi.
SATU-SATUNYA Kaedah Sains Metafizik yang telah digabungjalinkan dengan
pahaman pelbagai teori kaunseling dan personaliti bagi MEMBANTU MERINGANKAN
proses anda untuk mengenali diri anda sendiri. Kaedah ini merupakan
yang PERTAMA DI
DUNIA. Tiada produk seumpanya lagi setakat ini. Inilah kajian dan thesis
yang saya laksanakan di tempat pengajian saya, dalam bidang Pendidikan Bimb.
Dan Kaunseling. Cubalah
keberkesanan kaedah ini hari ni!
Dengan kaedah ini, anda TIDAK PERLU menjawab BERATUS RATUS soalan bagi mendapatkan 15 personaliti dominan dalam diri anda.
Anda juga TIDAK PERLU menghabiskan masa berjam-jam untuk menjawab soalan kaji
selidik. SEGALANYA telah DIPERMUDAHKAN untuk anda. Nak bukti? Saya CABAR anda untuk berikan saya no. ic dan saya akan PM anda untuk
buktikan kata-kata saya. Untuk laporan penuh, ada pengerasnya. Tidak ada yang
percuma di dunia ini. Peace~ J
JANGAN pertaruhkan CINTA anda.
Anda rasa RAGU RAGU dengan si DIA?? Anda tidak yakin KESETIAAN si DIA.? Tertanya-tanya PERANGAI SEBENAR si DIA? Kadangkala PENING dan KELIRU
dengan SIKAP si Dia?
Ingin mengetahui tentang si DIA secara menyeluruh?
Gaya berperasaan, perangai, personaliti, gaya
pemikiran, gaya perhubungan, dan corak tinglaku si DIA??
BERITA BAIKK!!
Saya, Razin Rahman,
pelajar yang mengambil jurusan Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling,
di Uni. Pend. Sultan Idris, telah menjalankan KAJIAN DAN THESIS mengenai pembentukan Modul
Psiko-Numerologi yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah PERHUBUNGAN dan
KOMUNIKASI anda dll.
Apa yang saya perlukan
hanyalah No. Ic anda, Nama dan Alamat email anda untuk MENGHANTAR LAPORAN
LENKAP tentang kerektor, perangai, personaliti, gaya berperasaan, gaya
pemikiran, corak tingkahlaku dan gaya perhubungan si DIA yang anda sayangi.
Kini, segala-galanya CLEAR! Macam Clean anda Clear J
LAPORAN PERIBADI
Laporan peribadi tentang
DIRI anda juga boleh dihasilkan. Nah, tunggu apa lagi! Rebut peluang keemasan
ini semenara TAWARAN MASIH DIBUKA.
P/S : Laporan terdiri daripada 20-25 muka surat.
Kos hanya RM20 sahaja. Normal price RM30. Diskaun diskaun diskaun!!!
* Harga bakal dinaikkan.
Sunday, 16 December 2012
Dalil Qoran - Membolehkan Psiko-Numerologi (Alat Ukur)
Bismillahirrahmanirrahim. Thanks to God. Assalamualaikum dan salam sejahtera. =D
Entri saya kali ni bertujuan untuk mengemukakan beberapa dalil Qoran yang diperolehi hasil daripada semakan saya bagi melihat sama ada teknik psiko-numerologi yang menggunakan tarikh lahir sebagai data asasnya sah atau pun tidak dari segi hukum syarak.
Sukalah untuk saya maklumkan di sini, ada sesetengah pihak yang panas telinga dan menaburkan kata-kata kejian dan hinaan kepada sebarang kaedah yang menggunakan tarikh lahir. Mereka memberikan pelbagai alasan dan sebab. Bahkan ada yang menggunakan hadis.
Oleh itu, disebabkan hal ini, saya tergerak untuk berkongsi 6 dalil daripada Al-Qoran yang telah saya jumpai yang mengesahkan bahawa kaedah psiko-numerologi ini BOLEH digunakan sebagai satu alat ukur dalam melihat kecenderungan dan potensi corak pemikiran, corak perasaan, corak tingkahlaku dan corak personaliti bahkan corak bagaimana seseorang itu berhubungan dan berkomunikasi sesama manusia lain juga boleh diperhatikan. Hal ini berjaya dicapai SETELAH kajian demi kajian, dan proses menggabungjalinkan PELBAGAI TEORI dimasukkan dalam kaedah numeroloi asal (tarikh lahir Dr. Azizan Osman). Bukan secara membabi buta tanpa dalil yang kukuh dari segi intelek dan dalil qauli (Qoran).
Dalil yang pertama adalah dalam surah Al-Hijr dalam ayat yang ke-19 dan 21 yang bermaksud seperti berikut.
19. Dan Kami
telah menghamparkan bumi dan menjadikan padanya gunung-gunung dan Kami
tumbuhkan padanya segala sesuatu menurut ukuran.
21. Dan tidak
ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami-lah khazanahnya; dan Kami tidak
menurunkannya melainkan dengan ukuran yang tertentu.
Jika tuan puan perhatikan, dalam ayat tersebut, Tuhan telah menyatakan bahawa segalan khazanah termasuk ilmu pengetahuan berada di sisinya. Dan khazanah tersebut tidak akan diturunkan MELAINKAN dengan UKURAN yang TERTENTU. Tuhan menyebutkan tentang ukuran di sini. Secara logik, dalam psikologi, terdapat satu bidang yang dipanggil pengukuran dan penilaian bagi melihat kecenderungan dan potensi dalaman manusia. Dalam hal ini, saya telah menjadikan teknik numerologi sebagai satu alat ukur apabila saya berjaya menggabungjalinkan pelbagai teori dan konsep sebagaimana yang diterangkan.
Jika tuan puan meliat pada ayat yang ke-19, Tuhan telah menyatakan apa itu UKURAN denga mengatakan tumbuhnya segala sesuatu itu dengan ukuran. Pada zaman dahulu kala, pada zaman awal islam, penemuan sel masih belum berlaku dan ukuran bagaimana tumbesaran itu berlaku tidak boleh diketahui. Namun pada zaman ini, ukuran tumbesaran itu boleh diperhatikan! Ianya tidak mustahil lagi. Begitu juga dengan personaliti, pemikiran dan perasaan serta tingkahlaku. Ianya BOLEH DIUKUR pada zaman ini. Inilah yang dimaksudkan 'ukuran' MENURUT TUHAN, bukan saya.
'Ukuran' itu sendiri boleh dikaitkan dengan NOMBOR. Bukankah begitu??? Untuk makluman tuan puan, keenam-enam dalil yang saya jumpai ini ada menyebutkan perkataan UKURAN. Apakah maksud tuhan di sini??? Renung-renungkanlah dan selamat beramal.
Dalil seterusnya adalah dalam surah Al-Mukminun ayat yang ke - 18 yang bermaksud seperti berikut.
18. Dan Kami
turunkan air dari langit menurut suatu ukuran; lalu Kami jadikan air itu
menetap di bumi, dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa menghilangkannya.
Suka saya sentuh di sini bahawa, suatu ketika dahulu, weather forecasting atau ramalan kaji cuaca telah dilabelkan haram oleh pihak tertentu. Namun setelah memahami bagaimana forecasting tersebut diperolehi, maka sehingga ke hari ni, weather forecasting telah dibenarkan dan terbukti forecasting yang dilakukan lazimnya BETUL. Kenapa??? Kerana ukuran. Ianya boleh DIUKUR. Begitu juga personaliti, pemikiran, perasaan dan tingkahlaku manusia! Berfikiran terbukalah.
Dalil yang seterusnya, adalah dalam surah Al-Furqaan dalam ayat yang ke-2 seperti yang berikut.
2. yang
kepunyaan-Nya-lah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak mempunyai anak, dan
tidak ada sekutu bagiNya dalam kekuasaan(Nya), dan dia telah menciptakan segala
sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya
Dalam ayat ini, Allah menyatakan bahawa kepunyaan-Nya lah segala apa yang di langit dan di bumi. Dia yan gmenciptakan dan MENETAPKAN ukuran dengan serapi rapinya. Persoalannya di sini, bagaimana jika manusia diizinkan dan berjaya mengenalpasti ukuran ukuran tersebut? Bukankah ianya merupakan sedikit daripada khazanah ilmu pengetahuan dari-Nya yang menandakan kebesarannya???? Renung-renungkanlah wahai saudara saudari.
Dalil yang seterusnya adalah dalam surah Asy-Syuura, ayat yang ke 27 seperti yang tertera di bawah.
27. Dan jikalau
Allah melapangkan rezki kepada hamba-hamba-Nya tentulah mereka akan melampaui
batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran.
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui (keadaan) hamba-hamba-Nya lagi Maha Melihat.
Dalam ayat ini, Allah menyatakan bahawa Dia lah yang menurunkan apa yang dikehendakinya dengan ukuran. Sekali lagi di sini, perkataan ukuran tersebut. Ukuran tersebut, jika diizinkan oleh Allah, tidak mustahil bagi manusia untuk mengetahuinya.
Dalil yang terakhir yang saya perolehi adalah dalam surah Al-Qomar ayat yang ke-49 berbunyi seperti berikut.
49. Sesungguhnya
Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran.
Contohnya, ukuran atom. Pada zaman dahulu kala, ianya adala mustahil. Namun pada zaman ini, ilmu mengenai atom dan zarah-zarah halus termasuklah sel-sel badan manusia sehingga ke peringkat DNA dan kromosom telah berjaya dikenalpasti. Bahkan ada teknik yang boleh melihat kecenderungan personaliti seseorang hanya daripada darah dan anak mata sahaja. Ini bukan syirik!!! Ini adalah khazanah ilmu ketuhanan yang diperolehi daripada kajian dan pemerhatian yang teliti - bukan membabi buta. Terimalah hakikat dan luaskanlah pemikiran. Renung-renungkan, dan selamat beramal.
Nah! Telah jelas di sini bahawa, kaedah psiko-numerologi merupakan satu alat ukur bagi melihat corak dan kecenderungan personaliti, pemikiran, gaya berperasaan, dan tingkahlaku serta gaya berhubung seseorang itu berdasarkan kajian dan penelitian serta panduan teori dan Al-Qoran.
Penerangan terperinci - Personaliti, Pemikiran, Perasaan, Tingkahlaku dan Prospek Kerjaya serta Cadangan Penambahbaikan..
Huraian kod 729/279/257/752/527
Dari segi personaliti, anda
dilihat sebagai seorang yang enterprising dan artistik jika mengikut pandangan
RIASEC (Teori Personaliti Kerjaya Holland).
Sikap enterprising menandakan anda seorang yang sangat suka bekerja dan
berinteraksi dengan manusia. Anda mempunyai minat dalam mempengaruhi dan
mengarah, memimpin serta menguruskan individu lain. Anda juga mahir dan pandai
memanipulasikan orang lain. Berfikir tentang kewangan, materialistik dan
keuntungan.
Selain itu anda juga merupakan
seorang yang artistik. Hal ini menjadikan diri anda seorang yang bersifat creator dan inovatif. Anda mempunyai
kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam keadaan tiada kekangan dalam bentuk
undang-undang, peraturan mahupun protokol. Anda tidak selesa dengan kerja yang
mempunyai rutin dan berulang-ulang.
Selain itu sifat kemanusian
dalam diri anda tinggi menjadikan anda seorang yang berpersonaliti sosial. Anda
suka berhubungan dengan manusia. Anda berminat untuk memberitahu, menolong,
melatih, memperkembangkan, mengubati dan membuat kebajikan kepada orang lain.
Anda seorang yang bagus dalam perhubungan awam dan pandai serta petah dalam
berkata-kata. Seorang yang bermulut manis dan pandai bermain dengan kata-kata.
Hal ini menjadikan anda seorang yang sesuai untuk menjadi ejen jualan atau
promoter.
Anda juga dilihat seorang yang
bersifat pengasih penyayang dan mengambil berat terhadap orang yang anda
sayangi. Selain itu, jiwa artistik anda menjadikan anda seorang yang emosional
dan mempunyai hati dan jiwa yang halus serta mudah terguris. Dalam hati anda
ada taman dan hati anda lembut bagaikan kapas. Andai juga seperti span yang
boleh menyerap perasaan orang yang dalam rintihan permasalahn menjadikan anda
secara tak langsung mempunyai kemahiran melayan orang yang tinggi dan hal ini
menjadikan orang suka dengan anda.
Dalam konteks pemikiran pula,
anda dilihat mempunyai kecenderungan untuk berfikir secara analitikal yakni
berfikir secara kritis dan terperinci mengenai sesuatu perkara. Anda juga
seorang yang kreatif berfikir disebabkan pengaruh sifat artistik yang menebal
di dalam diri anda. Disebabkan hal ini, fikiran anda penuh intuisi dan
mempunyai pelbagai idea yang abstrak dan unik. Anda juga seorang yang suka
berangan dan mempunyai daya imaginasi tinggi yang kreatif yang digelarkan
dengan istilah bahasa sebagai visualisasi kreatif. Hal ini terjadi dengan
sendirinya secara semula jadi bukan disebabkan latihan sebagaimana sesetengah
individu. Selain itu anda juga seorang yang berpandangan jauh. Namun kadang
kala pemikiran anda tidak tetap kerana terlalu banyak perkara abstrak dalam
kotak pemikiran anda menjadikan anda kadang kala pening dan serabut.
Pemikiran anda juga merupakan
pemikiran yang sistematik yang teratur dari segi susunan item-item pemikiran
anda. Namun begitu pemikiran anda mudah berubah-ubah disebabkan ilham dan
intuisi yang banyak di dalam diri anda hasil daripada sifat artistik anda yang
tinggi. Pemikiran anda juga bersifat investigatif di mana anda suka membuat
pemerhatian, mempelajari perkara baru, menyelidiki sesuatu, menganalisis dan
membanding beza, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan. Hal
ini menjadikan anda mempunyai kemahiran saintifik (dalma konteks yang luas –
sains sosial, sains perubatan dll) dan matematik serta anda mungkin meminati
beberapa kerjaya yang berkaitan dengan sains termasuklah sains politik
contohnya serta jerjaya yang bersifat teknikal. Anda seorang yang optimis dalam
berfikir yakni berfikir kritikal secara habis habisan.
Dari segi gaya berperasaan,
anda seorang yang penuh dengan kasih sayang dan seorang yang hangat. Jiwa anda
lembut bagaikan kapas dan dalam hati anda ada taman bunga yang cantik dan
berbau wangi. Anda sukakan ketenangan dan kedamaian. Anda tidak sukakan keadaan
yang tegang dan haru biru. Namun begitu, anda seorang yang mudah tertekan
disebabkan anda seorang yang emosional. Hal ini menyebabkan hati anda mudah
terguris dan menjadikan diri anda seorang yang sensitif dan peka dengan
persekitaran ; perubahan cuaca, perubahan sikap dan gaya layanan orang, dll.
Dalam aspek tingkahlaku pula,
anda dilihat sebagai seorang yang pandai menilai kebaikan dan keburukan orang
lain disebabkan oleh kemahiran dan kebolehan anda dalam memerhati yang tinggi.
Anda kerap memerhatikan hal keadaan di sekeliling anda baik keadaan
persekitaran mahupun keadaan orang lain. Anda mempunyai convinving power yang
tinggi. Yakni pandai mempengaruhi orang lain, pandai memujuk, pandai mengambil
hati orang lain, dan pandai meyakinkan orang lain. Hal ini menjadikan anda
seorang yang sesuai untuk menjadi seorang ahli perniagaan, atau jurual mahupun
promoter. Atau anda juga boleh melibatkan diri dalam bidang pendidikan dalam
konteks yang luas menjadi guru, pensyarah, penceramah bebas, karyawan, ahli
sasterawan, ahli muzik, penyanyi dan lain lain lagi. Anda seorang yang pandai
bermain kata-kata dan banyak berfalsafah. Anda juga seorang yang mempunyai daya
tarikan tersendiri yang kuat sama ada dari segi fizikal mahupun bakat atau lain
lain perkara unik yang membuatkan orang tertarik dengan anda. Anda juga
kebiasaannya dilihat sebagai seorang yang menawan bagi wanita dan kacak bagi
lelaki.
Dalam prospektus kerjaya, anda
seorang yang bagus dalam pengurusan dan pentadbiran, bidang kemanusiaan, serta
bagus melibatkan diri dalam perniagaan. Anda juga bagus dalam bidang pendidikan
dalam konteks yang luas. Tidak sesuai melakukan kerja yang berat dan bercorak
realistik. Walaupun anda seorang yang praktikal, namun kerja berat tidak sesuai
untuk anda. Untuk maklumat lanjut, sila
rujuk RIASEC bagi personaliti SOSIAL, ARTISTIK dan ENTERPRISING.
Sebagai cadangan, gunakanlah convincing power anda dengan baik ke
arah :
- Meyakinkan orang
- Memenangi hati orang lain
- Melariskan jualan
- Mempengaruhi orang
- Memujuk orang dll.
Lihat dan perhatikanlah gelagat
orang di dalam bidang kesenian, pendidikan dan perniagaan dan contohilah
mana-mana personaliti yang anda mahu kerana anda berpotensi untuk menjadi
seperti mereka.
P/S : Terdapat lebih daripada 30 huraian dalam bentuk esei yang mentakrifkan mengenai personaliti, pemikiran, perasaan dan gaya bertingkahlaku seseorang dari segi kecenderungan dan potensi dirinya.
Subscribe to:
Posts (Atom)