Mia Suke Blog Ni. Anda?

Saturday 15 October 2011

Sebaik - baik umat kata Tuhan yang ditangannya pemerintahan langit dan bumi

 SILA PLAY LAGU INI SEBELUM ANDA MENERUSKAN PEMBACAAN SUPAYA ADA KESAN EMOSI - PENTING. TERIMA KASIH.




Hari ni, dalam keadaan yang terkejar-kejar sebab tak cukup masa ni, aku lari balik ke rumah ( 10 km perjalanan - hujan renyai-renyai dengan motor ; aku redah ) hanya semata-mata nak share berita ni. Sebab pada aku , inilah saat bermulanya sebuah perjalan insan yang melalui pelbagai situasi dan keadaan bagi mencari kejayaan dunia dan akhirat. Kejayaan dan kegagalan serta kejayaan mengatasi kegagalan yang bakal berlaku dalam kehidupan insan kecil yang mulia ni..Aleesya Qistina - ini ibunya dan ini ayahnya. Tahniah pada ibu beliau kerana melahirkan beliau, walaupun melalui operations. 

Jom kita tengok dulu baby nyer.. Ni lah..merah lagi.,.baru jer keluar dari bilik pembedahan..


Ini lah waktu di mana saat manusia itu paling suci, murni dan mulia. Saat nafasnya melaksanakan tugas sehingga masa yang ditetapkan. Nyawa yang dipertanggungjawabkan dengan seribu satu amanah. Agar menjadi kholifah yang mengesakan Dzat Wajibal Wujud - yang senantiasa meliputi dirinya, waemah dalam keadaan ini sekalipun. Kerna nyawa itu milik DIA. Selamat datang ke dunia insani Aleesya! Pok cik tunmpang gembira walaupun Aleesya masih belum cukup bulan mengjengah ke dunia nyata ni.

Tuan-tuan..saudara saudari..dan kawan-kawan semua..ayuh, kite renungkan sejenak..saat kita dilahirkan..oleh ibu yang mengendongkan kita selama 9 bulan 9 hari. Sebelum ibu di sahkan mengendongkan kita, kita masih lagi berada dalam fasa cinta dan kasih sayang di antara 2 jiwa yang luhur - melalui ikatan suci yang sah.

Ingat ! Usul kita dari kasih sayang. Bismillahir Rohmanir Rohim.
Dengan Dzat, Sifal, Afaal, dan Asma Alloh yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Kata si Dzat dalam Qoran, 'Aku meletakkan kasih sayang ke atas dirinku'. Sedangkan Dzat memakai sifat kasih sayang, apatah lagi kita? Sebab itu aku berpegang dengan konsep, uncontidional love. Aku sayang kau sebab aku nak sayang kau - Cinta Tanpa Syarat. Aku terima kau seadanya sayang. Selamat datang ke dunia ini!

MARI KITA BERSAMA-SAMA IMBAS KEMBALI

Aku mulakan dengan ummul kitab Al-Fatehah ke hadrat diriku sendiri ( tujukan pada diri sendiri). Bismillahirrohmanirrohim. Amma Ba'du. Tuan-tuan, saudara-saudari, dan rakan-rakan yang aku hormati dan kasehi. Sebelum seorang insan tu nyata di alam insan ini, ia menempuh 6 alam yang lain. Alam tersebut adalah sebagaimana yang disenaraikan di bawah ini..

  • Alam Lahut ( Ahdah )
  • Alam Jabarut ( Wahdah )
  • Alam Malakut ( Wahdiah )
  • Alam Ruh ( Penyaksian Ruh )
  • Alam Mithal - Alam Ayah
  • Alam Ajsan - Alam Mak
  • Alam Insan - Dunia Nyata

Inilah alam-alam yang dilalui oleh Aleesya sebelum beliau menjengah dunia nyata dan sebelum beliau mendengar iqomat dari seorang laki-laki yang bergelar ayah - Iwan Hamdan. Tahniah bro. Aku tumpang gembira.

Pada Alam Lahut - Alam Dzat Wajibal Ujud ; ' ..yang ada hanyalah AKU ' kata Dzat. Alam yang paling hening, dan suci. Alam rahsia di atas segala sesuatu yang rahsia. Alam yang ghoib daripada segala sesuatu yang ghoib dan nyata. Diri Aleesya bermula dari sini - masih tak nyata lagi sebab ghoib dalam segala sesuatu.

Kemudian berpindah pula ke alam Jabarut dan Malakut. Alam persinggahan sementara bagi menuju kepada proses untuk menyatakan dirinya ke alam insaniah. ( Maaf, penceritaan bahagian ini perlu berjumpa dengan saya secara berdepan - bimbang salah faham ). 

Setelah melalui 3 alam yang utama ni, maka Aleesya berada pada Alam Ruh. Di mana dirinya menyaksikan bahawa Alloh itu Dzat tuhan sekalian alam. Miliknya apa yang ade di langit dan di bumi. Miliknya pemerintahan langit dan bumi - kabir dan saghir.

Akhirnya Alam Mithal dan Alam Ajsan di mana alam di dalam diri mak dan ayahnya..sebab tu kata orang tua-tua, macam mana perangai mak ayah, macam tu lah perangai anak. Sebenarnya di sini sudahpun bermula didikan ayah dan mak pada kita! Mengikut satu riwayat, seorang ulamak ditanya bagaimana beliau mendidik anak. Jawabnya, aku mendidik anak aku 40 tahun sebelum dia dilahirkan. Nampak? Saya harap anda faham maksud saya.

Kalau padi yang ditanam, padilah hasilnya. Kalau ciku yang ditanam, cikulah hasilnya. 

Setelah ayah dan ibunya Aleesya melalui pelbagai cabaran, harungan dan pahit getir kehidupan sehingga mereka bertemu dan membina ikatan, maka setelah bekerja lahirnya insan yang bergelar Aleesya Qistina. Selamat datang sekali lagi pok cik ucapkan untuk Aleesya!





Kawan kawan maaf, ini sahaja hurainnya buat masa ini,
oleh sebab aku kesuntukan masa, diharap sabar tunggu huraian seterusnya nanti! 
Sehingga berjumpa lagi! Sekian...

No comments:

Post a Comment